Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 2, 2011

Kenapa...?? Tak Percaya Ke...??


Bila gerombolan setuju nak maian gasing...Kita ajak gerombolan main baling selipar...!!

DEWAN NEGERI SELANGOR TIDAK DIBUBAR TAHUN INI –HD

Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim menegaskan Dewan Negeri Selangor tidak akan dibubarkan pada tahun ini.

“Dengan mandat yang hanya akan berakhir pada tahun 2013, pada sidang kali ini saya ingin menegaskan bahawa Dewan Negeri Selangor tidak akan dibubarkan pada tahun ini sekiranya kerajaan persekutuan memilih untuk pembubaran kabinet pada tahun ini,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Dewan Negeri Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 Sidang Ke-12, hari ini.

Menurutnya, desas-desus telah bertiup bahawa Kerajaan Persekutuan sedang menimbang untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 lebih awal daripada tempohnya.

Beliau menyebut perkara itu kerana ia mempunyai kaitan dengan konsep bernegara di Malaysia.

Katanya, pembubaran kabinet sebuah kerajaan negeri tidak semestinya dibuat seiring dengan pembubaran kabinet Kerajaan Persekutuan.

“Fenomena ini sebenarnya adalah satu ciri federalisme yang perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia terutama kita yang berada di dewan yang dimuliakan ini.
“Apa yang saya maksudkan di sini ialah kedaulatan negeri dan bidang kuasa negeri mesti dipertahankan,” ujarnya.

Selaku wakil rakyat yang diangkat menjadi Menteri Besar kerajaan negeri Selangor, beliau mengajak semua menginsafi bahawa sebagai wakil rakyat yang dipilih untuk menjaga maruah dewan negeri demi mengangkat martabat rakyat dan kepentingan negeri.

Nota:

ini terbaik
ini yang orang ramai mahu lihat
orang ramai mahu melihat bahawa kerajaan pakatan
bergerak atas dasar dan strateji sendiri

gerombolan kata mari main bola
jawabnya pakatan selangor sibuk dengan kerja
gerombolan ajak main guli
jawabnya tarikh nya bukan sekarang

gerombilan ajak main konda kondi
pakatan kata ok tapi bukan konda kondi
ajak gerombolan main gasing
bila gerombolan mahu main gasing
kita tukar naik basikal
bila gerombolan ikut naik basikal
kita ajak main bola

ini caranya
jangan gerombolan pukul gendang kita menari
biar kita pukul gendang
dan lihat mat mogol dan bik mama menari poco poco
kah kah kah

No comments:

Post a Comment