Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 25, 2011

Rakyat Nak Internet,,Bukannya E-Mail....!!


E-MEL SATU MY MUDAH URUSAN RAKYAT : PAKAR – BH

Penyediaan e-mel percuma di bawah konsep satu Malaysia kepada setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan memberi pelbagai manfaat kepada rakyat, menurut pakar teknologi maklumat komunikasi maklumat (ICT).

Azli Paat, yang juga Pengarah Adavista Sdn Bhd, berkata e-mel rasmi yang penyertaannya secara sukarela itu dapat memudahkan semua pihak berurusan dengan semua sektor dan agensi kerajaan.

"Sepatutnya tidak harus timbul isu yang mengatakan usaha ini akan memudahkan kerajaan memantau e-mel rakyat atau memudahkan kerajaan menghantar e-mel terus ke akaun e-mel satu MY," katanya.
Beliau diminta mengulas pengumuman Najib Razak minggu lalu mengenai projek itu yang adalah inisiatif sektor swasta dan tidak membabitkan wang awam.

Inisiatif e-mel satu MY itu akan membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat antara rakyat Malaysia dan kerajaan dan meningkatkan perkhidmatan penyampaian kerajaan kepada pengguna dan ahli perniagaan.

Azli berkata, dengan pelbagai penyedia perkhidmatan e-mel percuma seperti Yahoo!, Gmail, Hotmail dan lain-lain, rakyat kini boleh memilih e-mel satu MY untuk berurusan dengan sektor kerajaan.

"Apabila menggunakan e-mel satu MY, seperti dalam urusan cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pihak terbabit akan lebih senang untuk memberi maklum balas yang dikehendaki," katanya dengan mencadangkan e-mel itu tidak digunakan untuk kegunaan peribadi.

Tricubes Bhd akan mempelopori pelaburan RM50 juta itu yang juga termasuk pembangunan sebuah laman portal, sebuah pusat sehenti bagi perkhidmatan kerajaan, penyediaan khidmat tambah nilai seperti rangkaian sosial, semakan bil dalam talian dan pembayaran, sebagai tambahan kepada set peralatan pembangunan web untuk warga negara dan entiti perniagaan bagi membangunkan aplikasi secara kreatif.

Nota:

ini syarikat nak paksa gunakan email bodoh ini
ini mesti syarikat bumiputera melayu
kalau sayarikat bukan bumiputera melayu
mesti perniagaan tak perlu dana kderajaan
tak perlu kontrek kerajaan
tak perlu dilancarkan oleh kerajaan

hanya orang bodoh sahaja
yang akan menggunakan email bodoh ini
kah kah kah

melayubodoh @ bodoh.com
kah..Kah...Kah....

No comments:

Post a Comment