Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 2, 2011

Bukan Takut Tapi Gerun.....!!


KHAIRY NAFI PEMUDA UMNO HILANG TARING – BH

Ketua UMNO Cheras, Datuk Syed Ali Al Habshee yang membidas sikap Pemuda BN terutama Exco yang dikatakan ‘hilang taring’ dalam memperjuangkan parti apabila diasak pembangkang.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau tidak pernah merajuk walaupun tidak diberikan jawatan dalam Kabinet kerana apa yang penting tugasnya memantapkan Pemuda BN dan UMNO

“Ada jawatan atau tidak yang penting adalah memantapkan Pemuda Umno dan BN,” katanya.

Kahiry berkata Pemuda UMNO tidak hilang taring seperti didakwa, sebaliknya masih lantang memperjuangkan Melayu dan mempertahankan UMNO daripada serangan pembangkang, kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, katanya, sejajar dengan model baru politik, pergerakan itu juga tidak mahu dilihat sekadar beretorik dan menjadi kumpulan pendesak, tetapi memfokus kepada pendekatan turun padang dan menyelesaikan masalah belia, termasuk pengangguran.

“Dulu kita (Pemuda UMNO) jadi benteng secara tradisional termasuk mendesak kerajaan dan membuat demonstrasi serta laporan polis (berhubung sesuatu isu), tetapi kini kita memainkan peranan untuk menyelesaikan masalah orang muda.

“Kita akan jadi lebih lantang, tapi pada masa sama kita mahu dilihat melaksanakan apa yang dijanjikan,” katanya.

Nota:

masa di ijok dulu bukan main gedebe
ini kerana ada power dari zzzzz
sekarang zzzz sudah betul betul zzzz
menantu pun tak ada power lagi
kah kah kah

No comments:

Post a Comment