Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 31, 2011

Fatwa Songsang Oleh UMNO/BN....!!


PENGUSAHA DIMINTA TAK NAIKKAN HARGA BARANG - BH

KUALA LUMPUR: Walaupun peningkatan tarif elektrik tidak dapat dielakkan, ahli ekonomi berpendapat pengusaha industri sewajarnya berhati-hati dengan tidak menaikkan harga produk dan perkhidmatan masing-masing secara mendadak bagi mengelak paras inflasi negara meningkat secara ketara.

Ini kerana peningkatan mendadak harga barangan dan perkhidmatan akan menjejaskan rakyat, seterusnya memberi kesan negatif kepada inflasi yang turut menjejaskan rakyat.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, berkata jika peningkatan harga tidak dilaksanakan secara beransur-ansur dan teratur, ia boleh menjejaskan sosioekonomi rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

“Meskipun kenaikan tarif tidak akan menjejaskan kira-kira 75 peratus pengguna yang menggunakan tenaga kurang daripada 300 kilowatt sebulan, namun boleh membebankan pengusaha industri untuk menanggung peningkatan kos.

“Kebiasaannya, apabila pengusaha industri tidak lagi mampu menanggung peningkatan kos, mereka akan memindahkannya kepada pengguna. Kesan rantaian ini boleh menjadi faktor kepada kenaikan Indeks Harga Pengguna (IHP) yang menjadi penanda aras inflasi di Malaysia.

“Kenaikan inflasi menyebabkan pendapatan yang boleh dibelanjakan oleh pengguna berkurangan. Kestabilan perbelanjaan pengguna penting kerana ia ialah salah satu penyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment