Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 16, 2011

Program Kembara Tarbawi 4 X 4 Siri Ke-2 Bersama Presiden Pas Meriah...!!






Hulu Dungun: 13 Mei 2011. Dengan izin Allah konvoi pacuan 4 roda kembali mengegar. Kelab 4X4 Pas Terengganu dibawah kelolaan Lujnah Tarbiyyah Badan Perhubungan Pas Terengganu sekali lagi berjaya menganjurkan kembara dari Rusila, Marang ke lokasi Cengal Besar, Sg Loh di Hulu Dungun. Program yang padat diisi dengan kembara lasak dan pengisian rohani dan tarbiyyah kali ini Berjaya menarik penyertaan sekali ganda berbanding tahun lepas, iaitu kembara tarbawi ke blok 6 diKemaman.

Seramai 120 kenderaan 4X4 pelbagai jenis telah turut serta bersama 500 peserta bersama di Base camp di Sg. Loh. Program bermula dengan kuliah pagi jumaat yang disampaikan oleh Tuan Guru Presiden di Masjid Rusila dari pukul 9.00 pagi. Semua peserta dari 8 Kawasan Parlimen di Terengganu berkumpul di perkarangan Masjid Rusila, Marang. Selesai kuliah, Tuan Guru Presiden telah menyampaikan taujihat sempena majlis pelancaran.

Pitt Stop ke-2 ini, Makan Tengah-hari di Perkarangan Masjid Kg.Nyor, Paka. Tuan Guru Presiden telah menyampaikan khutbah jumaat kepada penduduk setempat.

Pitt Stop ke-3, Majlis ramah mesra Presiden dengan masyarakat setempat. Nampaknya Pihak Umno telah memenuhi perkarangan Stesyen Bas Ketengah Jaya dengan bendera Umno dan mereka dengan segera membuat program dengan tujuan supaya perkarangan tersebut tidak boleh digunakan Pas.

No comments:

Post a Comment