Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 11, 2011

Jangan Nak Kelentong....!!


DUA PAKAR PSIKIATRI BERPENDAPAT TEOH MUNGKIN BUNUH DIRI – BH

KUALA LUMPUR: Dua pakar psikiatri hari ini berpendapat besar kemungkinan kematian Teoh Beng Hock disebabkan bunuh diri dan bukan disebabkan perkara lain.

Pendapat itu dinyatakan oleh perunding forensik psikiatri Hospital Permai Johor Dr Bada'iah Yahya dan perunding psikiatri Jabatan Kesihatan Mental dan Psikiatri, Hospital Selayang.

Dr Nor Hayati dalam laporan yang diserahkan kepada Suruhanjaya untuk menyiasat kematian Teoh.

Dalam laporan itu dinyatakan, berdasarkan pemeriksaan forensik tiada tanda-tanda pergelutan, darah atau senjata ditemui di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang boleh dikaitkan dengan kematian Teoh.

Selain itu, terdapat kesan kotor dan berminyak yang ditemui pada cermin tingkap di tingkat 14, pejabat SPRM, Selangor di mana Teoh dikatakan terjun.


PSIKIATRI : TEOH DALAM KUMPILAN BERISIKO RENDAH – MK

Menurut laporan oleh Dr Paul E Mullen, yang dikemukakan kepada Suruhajaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh, mangsa diklasifikan sebagai “kumpulan berisiko rendah”.

Mullen, seorang profesor psikiatri forensik di Universiti Monash, Melbourne, Australia, dibawa oleh Majlis Peguam bagi menentukan ciri-ciri keperibadian Teoh dan keadaan mindanya bagi membantu RCI menyiasat punca dan faktor-faktor yang menyuumbang kepada kematiannya.

"Soalan kepada mereka yang diwawancara menunjukkan Teoh seorang yang teratur, kemas dan menpunyai kecederungan untuk menjadi sempurna.

"Tiada bukti yang dijumpai bagi menunjukkan mangsa mengalami perasaan pilu atau sedih keterlaluan atau juga ketegangan yang luar biasa.

"Personaliti Teoh dan kelakuannya tidak menunjukkan sebarang cadangan bahawa beliau mempunyai risiko untuk membunuh diri.

"Justeru, pendapat saya, Teoh Beng Hock jelas dalam kumpulan berisiko rendah untuk bunuh diri apabila beliau dibawa dalam tahanan SPRM,” kata Mullen.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) juga mendapatkan pendapat sendiri dengan melantik perunding psikiatri forensik Dr Badi'ah Yahya dan psikiatri komuniti Dr Nor Hayati Ali.

Badi'ah iberkhidmat di Hospital Permai di Johor manakala Nor Hayati adalah dari Hospital Selayang, Selangor.

Kedua-dua Badi'ah dan Nor Hayati dalam laporan mereka tidak memberikan kesimpulan yang menyeluruh.

BENG HOCK NOT SUICIDAL , PSYCHIATRIST TELLS RCI - MI

Teoh Beng Hock was in the lowest risk group for suicide when he entered the custody of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), a forensic psychiatrist said in his report to a royal panel investigating the DAP political aide’s death today.

Dr Paul Mullen also said in his report to the royal commission of inquiry (RCI) investigating Teoh’s death that there was no reason for Teoh to conclude that he had shamed himself or betrayed his colleagues when he was questioned by the MACC.

“In brief, it is my opinion that Teoh Beng Hock was firmly in the lowest risk group for suicide when he was taken into MACC custody,” said Dr Mullen in his report, which was provided to the press today.

Nota :

sila baca dan baca betul betul
ini laporan dari tiga media yang berberbeza
tiga media ini melaporkan pekara yang sama

dua media – malaysikini/malaysiaian insider
mengatakan dengan jelas bahawa teoh tidak ada unsur
untuk bunuh diri.

tetapi berita hairan mengatakan teoh berkemungkinan mati
kerana membunuh diri

semua melaporkan berita yang sama tetapi
kenapa berita hairan laporan bercanggah

jangan kelentong
tak mungkin boleh kelentong berterusan
macam 10 tahun dulu

hari ini jangan cuba kelentong
dengan wujudnya internet, tweter, fb -
tak mungkin senang untuk tipu warga malaysia

doktor yang dilanggan oleh
gerombolan pun kata : tidak memberikan kesimpulan yang menyuluruh

No comments:

Post a Comment