Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 10, 2011

Kenyataan Rasmi...!!

PARTI KEADILAN RAKYAT

Isu Agama Rasmi Hanyalah Satu Propaganda Jahat UMNO/BN

10 Mei 2011:

Muka hadapan akhbar milik UMNO Utusan Malaysia pada 7 Mei 2011 memaparkan tajuk “Kristian Agama Rasmi”. Tajuk tersebut secara terang-terangan cuba menimbulkan provokasi terhadap hubungan masyarakat pelbagai agama di negara ini. Hakikatnya sentimen agama digunakan untuk melaga-lagakan penyokong Pakatan Rakyat melalui congak politik kuno mereka. Selepas melontar berita palsu, siri lapuran polis oleh badut-badut UMNO/BN pula direncana untuk menunjukkan bahawa merekalah jaguh mempertahankan maruah orang Melayu dan Islam.

Setelah setengah abad diberi amanah mentadbir negara UMNO/BN sebenarnya telah gagal untuk memastikan kecemerlangan Islam sebagai agama rasmi. Nilai-nilai agama dalam masyarakat lansung tidak diberi perhatian. Sekolah Agama Rakyat dipinggirkan. Gerakan dakwah dinafikan hak untuk memanfaatkan institusi agama seperti masjid dan surau. Jabatan-jabatan agama dijumudkan untuk kepentingan politik sempit mereka sahaja. Akhir jenayah sosial di kalangan generasi muda Islam gagal dibendung.

Parti KEADILAN Rakyat ingin menegaskan bahawa Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sepakat untuk mempertahankan empat perkara pokok dalam Perlembagaan Malaysia iaitu:

1. Islam sebagai agama rasmi Persekutuan manakala agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman.

2. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan.

3. Hak-hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.

4. Kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Parti DAP sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan berpegang kepada konsesus Pakatan Rakyat yang akan mempertahankan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan penganjur program berkenaan (National Evangelical Christian Fellowship, bersama rakan-rakannya yang lain, Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship) dengan tegas menyangkal dakwaan blog-blog yang menjadi rujukan Utusan sebagai satu pembohongan dan tidak berasas sama sekali. Pertemuan tersebut sebenarnya membincangkan isu berkaitan rasuah dalam negara.

YB HJ AHMAD KASIM
Pengerusi
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BiPPA)
Tel : +6019-441-6522
eMail : mpkk08@gmail.com

No comments:

Post a Comment