Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 4, 2011

Kita Tengok Penyu Telur....!!


MB TETAP TIDAK PUAS HATI - meloya

SETIU 3 Mei – Kontroversi projek pembinaan velodrom mini di Dungun yang bernilai RM36 juta belum berakhir apabila Menteri Besar, Ahmad Said tetap tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh pihak berkenaan.

Malah, Ahmad turut menempelak pihak-pihak berkaitan yang mengesahkan bahawa kos tersebut amat sesuai untuk pembinaan sebuah kompleks sukan yang menyediakan pelbagai kemudahan termasuk velodrom mini.

Beliau seterusnya mempertikaikan kos projek berkenaan yang disifatkannya jauh lebih tinggi berbanding kos asal RM3.5 juta, seolah-olah memberi gambaran projek itu dibina untuk penganjuran temasya sukan berprestij dan bertaraf dunia.

“Pembinaan projek sukan ini biarlah berpatutan dengan keperluan sukan peringkat negeri. Kita buat velodrom atau kompleks sukan bukan untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik, tetapi kalau Majlis Sukan Negeri ada duit, dia buatlah,” katanya sinis.

Nota:

Apa dah jadi dengan stadiung runtuh..?
mana laporangnya?
apa hasil siasatang nya...?
Kah..Kah..Kah....!!

No comments:

Post a Comment