Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 1, 2011

Ketawa Dahulu Sebelum Kita Turun Ke Jalanraya...!!


TARIF ELETERIK TIDAK MEMBEBANKAN - UM

Najib Razak memberi jaminan sebarang kenaikan atau perubahan tarif elektrik pada masa depan tidak akan sesekali membebankan rakyat melalui kajian yang dilakukan kerajaan dari semasa ke semasa.

Dia berkata, komitmen itu dibuktikan seperti mana kenaikan tarif elektrik pada masa ini seperti diumumkan kerajaan semalam yang tidak melibatkan 75 peratus daripada pengguna domestik atau isi rumah tempatan.

Dalam pengumuman tarif baru elektrik yang berkuat kuasa esok juga, seramai 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna tidak mengalami kenaikan bil elektrik mereka jika menggunakan kurang daripada 300 kilowatt sejam (kWj) tenaga itu sebulan.

Bagaimanapun, kata beliau, kenaikan tarif itu perlu demi menggalakkan syarikat-syarikat tenaga melabur dalam bidang cari gali minyak serta gas dan penerokaan sumber tenaga baru.

"Jika harga (minyak) tempatan terlalu rendah, syarikat minyak termasuk Petronas tidak mempunyai insentif meneroka punca gas dan minyak baru untuk keperluan tenaga dan kegunaan negara kita.

Nota :

Kah...Kah....Kah....
Kenyataan paling bangang pernah di keluarkan...
Kalau nak bodoh...bodoh lah sorang-sorang...
Jangan ajak oarang lain....
Kah...Kah...Kah...

No comments:

Post a Comment