Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 19, 2011

Presiden PAS : Salam Takziah Kepada Ahli Keluarga Dr. Lo' Lo'


Salam Takziah kepada ahli keluarga Dr. Lo' Lo'

Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati. Selepas kematian kita, akan dihisab amalan kita di dunia. Alhamdulillah, pemergian Almarhumah Dr Lo'Lo' Hj Mohd Ghazali dalam keadaan dia istiqamah sehingga ke akhir hayatnya sebagai seorang pejuang Islam. Terbukti kegigihan beliau membela nasib rakyat bawahan khususnya berkait pembelaan nasib pemilik tanah Kampung Baru.

Alhamdulillah, saya diberi kesempatan untuk mengimamkan solat jenazah beliau sebentar tadi. Kita berdoa kepada Allah semoga beliau dimasukkan ke dalam golongan orang yang soleh, juga kita berdoa semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran kepada kita semua dan juga ahli keluarganya supaya kita juga istiqamah dengan perjuangan Islam sehingga ke akhir hayat kita.

Takziah daripada saya mewakili seluruh pimpinan dan ahli PAS keatas keluarga beliau. Moga Allah memberkati kalian semua. Siru Ala Barkatillah.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
18 Julai 2011

No comments:

Post a Comment