Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 15, 2011

Dok Leh Lok Doh...Napok Koho Punoh...!!


PERKASA AMBIL ALIH TUGAS PAS -UM

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini secara rasmi mengumumkan mengambil alih tugas Pas untuk menjadi benteng mempertahankan kesucian agama Islam.

Ibrahim Ali berkata, keputusan tersebut terpaksa dibuat walaupun badan itu bukan pertubuhan politik kerana Pas yang selama ini mendakwa parti Islam dan pernah bercita-cita mahu menubuhkan negara Islam, gagal berbuat demikian.

Menurut Ibrahim, sejak bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas tidak lagi mementingkan soal agama, sebaliknya apa yang dikejar oleh parti itu adalah undi, sehingga sanggup membisu dan menghalalkan apa sahaja perbuatan yang dilakukan oleh musuh Islam.

‘‘Perkasa dengan rasminya mulai hari ini akan mengambil alih tugas Pas dalam membela dan mempertahankan agama Islam. Ini kerana Pas sekarang bukan lagi sebuah parti yang berteraskan Islam. Ia sanggup menghalalkan apa sahaja demi undi.

“Walaupun Perkasa bukan sebuah parti tetapi kami memutuskan untuk mengambil tanggungjawab tersebut kerana dewasa ini kesucian agama Islam sedang diancam dari pelbagai sudut oleh musuh-musuh agama,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Nota :

Kah..Kah...Kah....
Tok de nok mikir ambo...
Ingat sesekali perangai Brahing Ali...
Koho lamo koho jadi...
Koho lamo koho sewe...
Tok leh loh doh...koho lok koho punoh...
Kah...Kah...Kah...

No comments:

Post a Comment