Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 22, 2011

Inilah Akibatnya Bila Lanun Mentadbir Negara...!!


MENTERI : BUKAN KERAJAAN TENTUKAN KENAIKAN HARGA BARANG – MI

Nor Mohamed Yakcop berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kenaikan harga barangan.

“Bukan kerajaan yang tentukan kenaikan harga sebaliknya ia ditentukan oleh pasaran dunia. Setiap kali berlaku kenaikan harga kerajaan sentiasa mencari mekanisme tertentu untuk mengawalnya dan pada masa sama melindungi pengguna.

“Hal ini memang disedari oleh pihak pembangkang iaitu PAS, tetapi mereka sengaja mempolitikan isu ini,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung kempen antikenaikan harga PAS sebagai protes terhadap kerajaan BN.

Kempen dikenali sebagai Protes BN dilancarkan semalam.

Nor Mohamed berkata kerajaan sentiasa berusaha mengawal kenaikan harga dengan pelbagai formula dan strategi dalam usaha memastikan keharmonian hidup rakyat serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Kerajaan kita sangat berpengalaman dalam menangani isu kenaikan harga, kita telah menghadapinya beberapa kali, tetapi sekiranya PAS yang menerajui pemerintahan mereka belum tentu boleh mengawal harga kerana mereka tidak berpengalaman,” katanya.

Terdahulu, Nor Mohamed melancarkan Pasar Tani Khas Pra-Syawal di Pasar Tani Mega, Tasek Gelugor dan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 20 orang anak yatim, 10 ibu tunggal, 10 orang warga emas dan ahli jawatankuasa peserta Pasar Tani di kawasan it

Nota:

bagus agenda kenaikan harga ini
kenaikkan harga barang digunakan untuk menaikan amarah
semua terasa bila harga naik
bila harga naik marah lagi naik
bila minyak naik harga rakyat pun naik minyak
kah kah kah

No comments:

Post a Comment