Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 6, 2011

Ya Allah...Jauhkan Diri Kami Dari Segala Malapetaka....!!


HARGA MAKANAN BAZAR RAMADAN PERLU MUNASABAH - UM

Peniaga Bazar Ramadan diminta menjual makanan pada harga yang berpatutan atau berdepan tindakan tegas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, kata Timbalan Menterinya, Tan Lian Hoe.

"Peniaga yang didapati cuba mengaut keuntungan berlebihan akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, yang boleh dikenakan denda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas memantau harga barangan serta juadah di Bazar Ramadan Taman Medan semalam.

Mengenai peningkatan harga juadah berbuka di sesetengah tempat, beliau berkata, ia mungkin disebabkan bahan yang digunakan adalah berbeza.

"Dalam hal ini, nilai tambahnya mungkin berbeza seperti ramuan dan rempah ratus yang digunakan...Kita akan sentiasa memantau dan pengguna juga harus menjadi mata dan telinga untuk kerajaan bagi mengawal kenaikan harga barang,” katanya.

Sehubungan itu, Lian Hoe mengingatkan pengguna agar bijak merancang perbelanjaan serta membuat perbandingan harga, terutama ketika membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan.

Beliau berkata, sepanjang Ramadan ini, belum terdapat sebarang aduan tentang kenaikan harga barang.

Bagaimanapun, Lian Hoe berkata, di Selangor, bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, sejumlah 145 kes telah diambil tindakan dengan nilai rampasan RM32,809.

Katanya, sepanjang bulan lepas, sebanyak 23 kes dikenakan tindakan dan nilai rampasan ialah RM3,244.40.

Mengenai ayam, beliau berkata bekalan untuk musim perayaan adalah mencukupi. — Tiewnama

NOTA:

baca sekali lagi berita ini
baca lagi..faham?
tahu apa maknanya?

jangan silap faham
berita ini bukan tentang harga mahal
semua orang tahu bahawa harga mahal ini
kerana dasar kerajaan rosmah dan najib

apa yang tersirat dalam berita ini ialah
juru cakap BN kini telah beralih
Menteri pun tahu kalau dia yg bercakap
maka dah pasti dia akan kena maki hamun

masa minyak naik - menteri senyap saje
yang umumkan ialah presiden atau towkay minyak
kini harga barang melonjak bagi apek ini cakap
menteri teloo dan belacan hilang entah kemana
ini cara dan taktik baru nasehat dari zionis apco
inilah cara zionis israel bergerak apabila tanah palestin diambil
yang bercakap bukan kerajaan tetapi wakil peneroka

15 mei adalah nakba untuk palestin
15 mei isreal diwujdkan
nakba ialah malapetaka
31 ogos ialah malapetaka untuk tanah melayu
31 ogos gerombolan naik takhta

malapetaka inilah yang sedang menyeksa kita semua
masanya telah sampai untuk humbankan nakba ini

No comments:

Post a Comment