Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 20, 2011

Kenapa Saya Pilih PAS...!!!


Kenapa memilih PAS :-

1) Islam sebagai dasar perjuangan.

Perlembagaan PAS Fasal 3 - Dasar PAS ialah ISLAM Seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR

Tujuan PAS ialah :

Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Usaha-usaha PAS :

Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memehami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.

Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mujstahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Qura'an.
Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.
Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

2) PAS dipelopori oleh gerakan Ulama' dan dipimpin oleh Ulama'. Badan yang tertinggi dan paling berkuasa di dalam PAS ialah Majlis Syura Ulama' yang menentukan halatuju parti. Selain itu Dewan Ulama' menjadi Badan penasihat kepada perjalanan parti.

3) PAS mementingkan dakwah dan tarbiyah. Ia bukan semata-mata parti politik yang bergerak pada musim pilihanraya sahaja.

4) PAS mampu memerintah dan membawa kemajuan. Kepimpinan PAS di Kelantan dan Kedah sudah teruji.

5) Kepimpinan yang menggabungkan Ulama', Professional dan aktivis parti.

6) PAS memperjuangkan perpaduan berteraskan Islam bukan perkauman sempit.

7) PAS sesuai dalam masyarakat majmuk. Buktinya peristiwa 13 Mei 1969, tidak ada pertumpahan darah di Kelantan, walaupun orang bukan Melayu minoriti. Orang bukan Melayu sekarang ini berbondong-bondong menyokong PAS dan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) membuktikan sokongan terbuka mereka kepada PAS.

8) PAS juga memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan.

9) PAS memperjuangkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sebaliknya Umno/BN menggadaikan bahasa Melayu dengan dasar PPSMI dan penghapusan tulisan jawi

10) Memimpin PAS suatu amanah bukan kebanggaan sebab itu tiada rasuah, fitnah memfitnah dan politik kotor ketika pemilihan PAS sebaliknya dalam Umno perkara ini menjadi lumrah semasa pemilihan parti mereka.

11) PAS mementingkan kebajikan kepada rakyat supaya kekayaan hasil bumi diagihkan kepada rakyat. Sebab itu PAS menggagaskan pelaksanaan Negara Berkebajikan dan ini ditunjukkan di semua negeri-negeri PR.

12) PAS mengambil berat kepada pembentukan akhlaq kerana ia merupakan kekuatan tamaddun sesebuah negara sebaliknya Umno membiar malah menggalakkan program-program maksiat dan memberikan lesen kepada pusat-pusat maksiat seperi Kelab Malam, Pub, rumah urut, pusat pelacuran dan perjudian.

13) PAS berusaha mendidik rakyat celik ilmu dan tidak buta agama melalui kelas-kelas pengajian dan ilmu. Sebaliknya Umno tidak menggalakkan malah memberhentikan kelas-kelas pengajian di Masjid dan surau atas alasan tiada tauliah dan sebagainya.

14) Perjuangan PAS menegakkan keadilan dan menentang kezaliman

15) PAS mengamalkan dasar amar makhruf nahi mungkar yang tidak diamalkan oleh Umno.



No comments:

Post a Comment