Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 12, 2011

Sudah Sampai Masanya Para Guru Tinggalkan UMNO/BN...!!


oleh :Chegubard.

10 Ogos 2011 - Banyak pendedahan pembaziran wang negara telah didedahkan. Dari ketirisan dalam perbagai sektor dan perbagai peringkat hinggalah kepada pembaziran Keluarga Perdana Menteri Malaysia itu sendiri.

Namun rakyat dibawah terus diarah berjimat.

Terbaru che'GuBard mendapat email dari teman-teman yang pernah sama sepengajian yang masih berkhidmat sebagai pendidik. Mereka mengeluh kerana mereka menerima perbagai tekanan.

Sudahlah perbagai peruntukan untuk sekolah dipotong.

Ketika dikhabarkan RM111 juta diperuntukan untuk program PERMATA milik Imelda Rosmah tetapi sekolah bantuan penuh kerajaan yang sepatutnya menjadi tempat utama pendidikan rakyat telah dipotong perbagai peruntukan dan diarahkan berjimat.

Terbaru kelompok guru ini telah didera dengan 'dihilangkan' elaun perpindahan buat mereka.

Bayangkanlah guru-guru ini yang semenjak habis pengajian terus dengan rela dicampakkan ke pendalaman sejauh Borneo tetapi setelah ada yang lebih 12 tahun di sana dan apabila bertukar ke Semenanjung tidak diberi sebarang elaun untuk pindah.

Ada yang sudah bekeluarga dengan anak yang ramai, sudah punya kenderaan dan berapakah perbelanjaan untuk memindahkan keluarga besar ini ke Semenanjung ?

Menurut teman - teman yang menyatakan keluhan mereka mahu semua faham selalunya kalau pun diberi elaun perpindahan ini mereka masih perlu menambah dengan duit sendiri.

Elaun perpindahan ini sebenarnya pun tidak pun cukup tetapi bererti besar dalam membantu perpindahan khususnya bagi mereka yang telah lama di pendalaman Sabah dan Sarawak.

Regim ini semakin tidak berpijak di bumi nyata. Rakyat terus disuruh berjimat tetapi mereka diatas terus bermewah. Ketika Imelda Rosmah bermewah rakyat terhimpit semakin payah.

Kepada teman-teman yang masih berkhidmat sebagai guru. Regim ini terlalu yakin semua guru takut dengan perubahan ayuh bersama kayuh perubahan demi negara. Kuasa ditangan anda. Daftarkan diri sebagai pemilih dan lalukan perubahan dengan berani demi diri kita dan masa depan negara.

Sumber : http://chegubard.blogspot.com/2011/08/tiada-lagi-elaun-perpindahan-bagi-cikgu.html

Kementerian Pelajaran dah jadi kementerian rojak dan caca merba agaknya. Guru-guru hanya boleh meluahkan perasaan mereka melalui surat dan forum di akhbar saja.

Apakah Menteri, Pengarah Pelajaran dan Pegawai Pelajaran dah jadi PBB (Pekak, Bisu dan Buta)? Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) tak selesai kini masalah pengangguran di kalangan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Antara luahan guru - guru di media setelah Kementerian gagal mendengar :

No comments:

Post a Comment