Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 19, 2011

Lepas Berjaya HAPUSKAN ISA Kita HAPUSKAN BN Pulak...!!


Sapa kata demonstrasi jalanan tidak berkesan?

Ekoran dari himpunan lebih 100 ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur mendesak supaya akta yg membenarkan org dipenjara tanpa bicara (ISA) dimansuhkan, maka hati ini BN bersetuju memansuhkan ISA. Walaupun tindakan mereka tidak dibuat sejurus selepas himpunan tersebut..tapi semua org tahu ia dibuat berasaskan tekanan dari Pakatan Rakyat.

Biasalah takkan BN nak tunjuk 'takut' waktu itu juga, mesti ambil masa biar jarak agak jauh supaya rasa kemaluan mereka dapat disimpan.

Jgn lupa, hapus ISA adalah antara perkara yg terkandung dalam Buku Jingga. BN dakwa bahawa MUSTAHIL nak laksanakan intipati Buku Jingga.. kemudian BN pula buktikan bahawa ia dapat dilaksanakan! Terbukti cakap BN selama ini karut, tak boleh pakai.

Hari ini, pengampu BN memuji-muji tindakan hapus ISA. Sebelum ini bukan main kutuk tindakan PR desak rakyat hapus ISA. Ini yang dikatakan hipokrit, atau orang Kuala Nerang cakap LIDAH BERCABANG.

Lantak komelah BN... Yg penting bagi rakyat lepas kita berjaya mansuhkan ISA kita mansuhkan BN pula.

No comments:

Post a Comment