Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 10, 2011

Rupa-Rupanya UMNO Tidak Terlibat Dalam Memperjuangkan Kemerdekaan Negara...!!


Setelah tembelang umno terserlah, bahawa umno bukan pelopor memperjuangkan kemerdekaan negara. Kerana selama ini umno menipu rakyat Malaysia termasuk ahli-ahli umno bahawa umno yang memperjuangkan kemerdekaan. Apa tidaknya setiap kali menyambut kemerdekaan, pemimpin umno menipu rakyat seolah-olah perjuangan kemerdekaan bermula daripada 11 Mei 1946.

Sekarang mereka biarkan orang suruhan mereka yang konon bergelar Profesor untuk menjadi penangkis umno. Rakyat tidak pelik dengan kenyataan mereka ini yang memang menjadi umno sejak di dalam perut emak mereka lagi.

Rakyat pelik jika mereka ini mengkritik umno. Oleh kerana terlalu hendak menjadi pembodek, sehingga mengeluarkan kenyataan bahawa negara kita tidak pernah dijajah. Kenyataan yang diketawa oleh orang pekak dan buta. Saya yakin pemimpin umno pun tersenyum melihat gelagat ayam sabung mereka, sehingga pemimpin umno pun tidak sanggup untuk menipu rakyat.

Rakyat tertanya-tanya, jika negara tidak pernah dijajah kenapa Tunku melaungkan Merdeka?. Kenapa setiap tahun kita menyambut kemerdekaan?. Apakah penulisan sejarah perlu dibakar kerana telah tipu pelajar-pelajar sekolah?.

Sekarang terbukti siapa yang hendak bohong sejarah. Rasa kesian kepada Profesor upahan umno yang mengakhiri hidup mereka yang akan dicemuh oleh semua makhluk di negara ini. Kenyataan mereka memalukan ahli akademik yang jujur. Ahli akademik perlu bangkit membetulkan kenyataan ini, biarkan Majlis Profesor umno dengan khayalan mereka semata-mata untuk mendapat sanjungan Umno. Kenyataan mereka juga akan menjadi sejarah hitam dalam negara ini.

Tulisan :
Ustaz Idris Ahmad,
AJK Kerja PAS Pusat
..

No comments:

Post a Comment