Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 25, 2011

UMNO Setiu Pun Minat Pada PGU...!!


KUALA TERENGGANU - Kekuatan PAS Terengganu telah terserlah dengan penganjuran tiga program 'mega' Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU) yang diadakan di Kemaman, Besut dan Kuala Terengganu.

Kehadiran puluhan ribu rakyat Terengganu pada setiap program PGU menunjukkan PAS mendapat sokongan dan dokongan dan rakyat yang mahukan perubahan pada pilihanraya umum ke-13 yang akan datang.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, PGU telah menyebabkan 'barisan hadapan' Umno Terengganu 'kucar-kacir'.

Beliau berkata walaupun para pemimpin Umno sering menafikannya, namun tindakan ahli Umno di pringkat akar umbi membuktikan perkara tersebut.

"Kesan dari PGU bukan sahaja rasa tak puas hati dikalangan ahli-ahli umno (bahagian) Setiu kepada Mat Jidin (Dato Mohd Jidin Shafee) tak dapat di sangkal lagi.

"Inilah antara cara umno menolak pemimpin mereka setelah usaha rundingan dan diplomasi tetap tak diendah oleh pucuk pimpinan umno negeri dan bahagian,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas paparan kain-kain rentang menyatakan tidak puas hati terhadap Ketua Umno Bahagian Setiu itu dinaikkan di beberapa tempat.

Tinjauan skuad Buletin mendapati, kain-kain rentang bantahan tersebut bukan sahaja dipaparkan kepada khalayak di daerah Setiu, malah ia juga kelihatan di bandaraya Kuala Terengganu.

Wan Sukairi yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu berkata, cara menaikkan kain-kain rentang merupakan amalan Umno peringkat bawahan.

Katanya, perkara yang sama pernah berlaku di bahagian Marang sebelum ini, dimana ahli-ahli Umno Pengakalan Berangan merentangkan kain ketika membantah wakil rakyatnya, Yahya Khatib Ali.

Mengulas lanjut, beliau berpendapat, rasa tidak puas hati kepada Dato' Mohd Jidin ada rasionalnya.

"Rasa tak puas hati kepada Mat Jidin sememangnya ada rasionalnya (apabila) ada dikalangan ahli Umno berkata, "macamana nak jadi wakil rakyat setiu kalau rumah pun bukan di setiu",ujarnya mengulangi ucapan ahli-ahli Umno.

Justeru beliau yakin PGU akan berlaku di Setiu kerana menurutnya ahli-ahli Umno juga mahukan PAS menggantikan Umno.

"Kita yakin PGU akan berlaku di Setiu... kerana ahli-ahli Umno juga mahukan PGU, mereka menolak pimpinan mereka yang sudah pastinya tidak relevan lagi,"tambahnya.

No comments:

Post a Comment