Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 14, 2011

Bukti Betapa Bodohnya UMNO....!!


KUALA TERENGGANU – Kolej Ugama Sultan Zainal Abidini (KUSZA) mula diwujudkan pada 27 Januari 1980 apabila kumpulan pertama pelajar KUSZA memulakan pengajian dan ditempatkan di Sekolah Menengah Agama (ATAS) Sultan Zainal Abidin di Batu Buruk, di sini.

Penubuhan KUSZA sebagai sebuah kolej dibawah kerajaan negeri Terengganu berdasarkan Enakmen Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Enakmen Bil. 3 1981) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada 22 Ogos 1981.

Pada Jun 1982, KUSZA mula menawarkan program Diploma Pengajian Islam, berpindah dan memulakan operasinya di kampus Gong Badak Kuala Terengganu pada akhir Disember 1982.

Pada sessi pengajian 1983, KUSZA beroperasi penuh disebuah kampus yang lengkap seluas 144 hektar, setelah disempurnakan perletakkan batu asasnya oleh Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah pada 17 Mac 1981, ayahanda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Namun setelah beroperasi selama 25, kerajaan Umno Terengganu yang merampas pentadbiran negeri melalui manipulasi daftar pengundi pada pilihanraya umum ke-11 tahun 2004, memutuskan akan ‘menguburkan’ dan menyerahkan KUSZA kepada kerajaan Persekutuan untuk dijadikan sebuah universiti.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dato’ Wan Mutalib Embong menegaskan KUSZA patut dinaiktaraf sebagai sebuahu universiti tetapi tidak sepatutnya diserahkan kepada kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Pembubaran) 2006 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri April, 2006.

Namun, dengan alas an untuk menunaikan janji-janji pilihanraya, Umno sanggup menggadaikan gedung ilmu yang telah menghasilkan puluhan ribu para cerdik pandai, anak tempatan Terengganu.

PAS yang menentang penyerahan tersebut dilihat ‘lekeh’dan ditohmah oleh pemimpin Umno yang begitu ghairah, ‘kononnya’ mahukan sebuah universiti, tanpa memikir apakah akibat yang berlaku pada masa akan datang.

Ketika membahaskan enakmen pembubaran yang sama, ADUN Wakaf Mempelam yang kini Pesuruhjaya PAS Terengganu menepis tohmahan Menteri Besar ketika itu.

Dato’ Seri Idris Jusoh menuduh PAS sentiasa membangkang, samada ketika menubuhkan KUSZA pada tahun 1981 dan ketika mahu membubarkan KUSZA.

Haji Mohd Abdul Wahid Endut ketika berhujah menepis dakwaan Idris dengan mengingatkan kembali bahawa tidak ada wakil rakyat dalam DUN ketika Enakmen KUSZA diluluskan kerana PAS tidak memenangi sebarang kerusi pada waktu itu.

“ Saya tidak setujulah bila Dato Seri Menteri Besar kata dahulu, bila hendak buat Kusza, kita (PAS) ini bangkang sahaja. Waktu penubuhan Kusza dan kalau kita lihat Enakmen Penubuhan Kusza itu pada 1981 iaitu selama 25 tahun yang lepas.

“Tahun 1981, kami seorang pun tidak ada dalam Dewan Undangan Negeri. Tahun 1978 hingga tahun 1982. Sesi Dewan pada waktu itu tidak ada wakil pembangkang.
“Tahun 1982 baru ada lima orang. Jadi tidak timbul kita membangkang membabi buta atau kita dituduh untuk mencari salah dan silap semata-mata,

“Ini soal dasar yang kita rasa kita perlu ambil tanggungjawab bersama mengemukakan pandangan kita. Jadi berhubung dengan pembubaran Kusza ini, saya sebut tadi amat sedih dan kecewa kerana Kusza ini sejak 25 tahun lalu sudah banyak jasanya,”jelas Wahid

PAS Terengganu merasa curiga dan membantah tindakan tergesa-gesa Umno yang kononnya akan menyelamatkan wang negeri sebanyak RM80 juta setahun, dengan menyerahkan seluruh operasi KUSZA kepada persekutuan.

Pesuruhjaya PAS Terengganu ketika itu, Dato’ Mustafa Ali menegaskan pendirian PAS negeri bahawa KUSZA perlu dihidupkan semula.

“Kami (PAS) berpendapat bahawa kehilangan KUSZA akan merugikan bangsa dan agama,

“Sedangkan Barisan Nasional (BN) sudah terbukti tidak boleh diharapkan untuk memelihara institusi pendidikan agama ini,” ujarnya pada persidangan media di Pejabat Perhubungan PAS negeri pada 25 Mei, 2006.

Katanya objektif KUSZA untuk melahirkan generasi muslim yang berilmu dan mampu menyebarkan Islam mengikut al-Quran dan as-Sunnah kini tinggal catatan sejarah.

Menurutnya, walaupun pembubarannya bakal digantikan dengan penubuhan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM – sekarang UNISZA), namun ia adalah suatu institusi yang sama sekali berbeza dengan kolej agama itu dari segi objektif, operasi dan pemikiran.

Katanya, pembubaran Kusza sekaligus mengikis RM150 juta nilaian aset kekal milik negeri yang turut melenyapkan beberapa nilaian dan pengiktirafan akademik yang telah diperolehinya selama lebih suku abad.

PAS negeri juga, tambah Dato’ Mustafa menganggap kegagalan kerajaan negeri memastikan kelangsungan Kusza adalah bukti sikap sambil lewa mereka dalam membiayai institusi pendidikan negeri.

Beliau berkata, sebuah kerajaan yang berwibawa sepatutnya memperjuangkan suasana menang menang (win-win situation), iaitu memperjuangkan penubuhan universiti tanpa mengorbankan apa yang telah dimiliki kerajaan negeri.

“Bukankah perkara itu telah dibuat oleh rakan Umno di dalam BN?

“MCA berjaya dalam tuntutannya menubuhkan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) tanpa mengorbankan Kolej Tunku Abdul Rahman yang ditubuhkannya sebagai perintis,” ujarnya.

Bagi Dato’ Mustafa yang kini Setiausaha Agong PAS, alasan kerajaan negeri untuk menjimatkan kira-kira RM80 juta setahun kos pembiayaan operasi Kusza juga tidak munasabah.

Ini, katanya kerana sewaktu ia ditubuhkan 25 tahun lalu, terimaan royalti petroleum negeri hanya tidak sampai RM200 juta setahun.

Tambahnya, kerajaan pada waktu itu tidak pula menganggap kewujudan Kusza sebagai suatu bebanan kewangan.

Anehnya, kata beliau dengan kedudukan kewangan yang didakwa sangat kukuh sekarang dan Bajet 2006 yang dibentangkan kerajaan negeri mencecah RM1.7 bilion, mengapa pula perbelanjaan menanggung KUSZA RM80 juta itu berbangkit.

Menurut Haji Wahid, setelah lima tahun Enakmen Pembubaran KUSZA diluluskan oleh DUN, kini terbukti langkah kerajaan Umno Terengganu itu sebenarnya merugikan rakyat Terengganu.

Katanya dengan menyerahkan KUSZA rakyat Terengganu hilang keutamaan sebagai pelajar yang menjadi pilihan utama untuk memasuki Kolej tersebut.

“KUSZA itu hak kita, pelajar KUSZA (dulu) boleh sambung belajar mengaji (di) mana-mana Pusat Pengajian), sekarang dinaiktaraf, KUSZA dah jadi bukan hak kita.

"Sekarang UNISZA, keutamaan bukan pada anak Terengganu,”katanya ketika menyampaikan taklimat Manifesto Pilihanraya PAS kepada kumpulan usahawan dan professional, disebuah hotel disini, pada Sabtu 10 Disember baru-baru ini.

Menurutnya, dengan penyerahan KUSZA kepada kerajaan Pusat, kerajaan negeri turut menyerahkan tanah KUSZA seluas 144 hektar, bangunan dan segala aset Kolej tersebut yang telah diusahakan oleh kerajaan dan rakyat Terengganu selama 25 tahun.

Katanya, berkali-kali sebelum ini wakil-wakil rakyat PAS meminta penjelasan daripada kerajaan Umno Terengganu, berapakah nilaian wang yang diperolehi oleh kerajaan negeri dengan menyerahkan KUSZA.

Namun, kerajaan tidak menjawab, sehinggalah beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu membawa persoalan tersebut ke Parlimen.

Katanya, berdasarkan jawapan yang dikemukakan keajaan Pusat, kerajaan negeri bukan sahaja tidak boleh ‘pitih sekepeng habuk’ ekoran penyerahan KUSZA, malah kerajaan negeri kini menanggung ‘hutang’ apabila diminta kerajaan Pusat membayar RM387 juta.

“kerajaan negeri buat tuntutan untuk mendapatkan duit, kita serahkan (KUSZA) semuasekali, untuk (dengan nilai) RM184, 516,037, bangunan, tanah, dan macam-macamlah (kita serah),

“kerajaan Pusat tuntut (dengan) mengambilalih hak KUSZA sebanyak RM387 juta dari kerajaan negeri,”jelasnya.

No comments:

Post a Comment