Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 13, 2012

Bercutilah Untuk Selama-Lamanya....!!


Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution menganggap cuti tiga minggu daripada tugas menteri yang dipohon oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mulai esok - sewaktu siasatan dijalankan ke atas Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) - merupakan "langkah pertama" sebelum digugurkan daripada senarai calon BN.

Beliau juga menyifatkan percutian tersebut hanya satu langkah untuk
menyelamatkan air muka menteri berkenaan.

Saifuddin (kiri) yakin menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu tidak akan disenaraikan oleh perdana menteri sebagai calon dalam pilihan raya umum nanti kerana beliau dilihat sebagai satu satu liabiliti.

Ahli parlimen Machang itu berkata kes yang membabitkan Shahrizat yang juga ketua Wanita Umno itu, jauh lebih besar daripada yang membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin.

"Ini tidak mengejutkan langsung, " kata Saifuddin yang mendakwa bukti yang mengaitkan Shahrizat dengan NFC "adalah terlalu banyak".

Shahrizat menjadi sasaran kritikan sejak Laporan Ketua Audit Negara 2010 dikeluarkan Oktober lalu.

Laporan itu menyatakan NFC, yang diuruskan oleh suami dan anak menteri berkenaan, berada dalam keadaan "kucar-kacir" selepas diperuntukkan RM250 juta daripada dana awam.

Shahrizat pula bertegas bahawa NFC - yang sedang disiasat berkaitan dakwaan pecah amanah jenayah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis - tidak ada kaitan dengannya.

PKR mendakwa NFC telah menyalahgunakan sebahagian daripada peruntukan RM250 juta untuk projek ternakan lembu itu, dengan membeli hartanah mewah dan tanah yang tidak berkaitan dengan projek tersebut.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (kiri) pula berkata Shahrizat sepatutnya sudah lama berbuat demikian.

"Beliau sepatut mengambil cuti daripada jawatannya sehinggalah isu tersebut selesai," kata Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang. - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment