Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 6, 2012

Wahai Polis....Bertindaklah Secara Profesional....!!


"Selalu polis beri amaran. Biasanya, polis-polis ni pantang nampak rakyat berhimpun secara aman... mereka terus beri amaran suruh bersurai. Kalau rakyat marhaen tidak bersurai, ha mulalah ada syaitan yang menyamar macam polis mandikan rakyat dengan air asid. Malahan ada syaitan yang menyamar seperti polis dan membelasah rakyat macam si Rahim Noor yang perangai tidak senonok tu.

Kekadang ada juga rasa pelik dengan tindakan polis yang beri amaran tu... mereka tidak tahu undang-undang atau mereka sengaja hendak langgar undang-undang! Mentang-mentanglah mereka pakai uniform, mereka ingat semua mereka bolih buat ikut suka hati mereka!

Kerajaan Rakyat ingin memberi peringatan kepada pihak polis. Pada hari Isnin, 09.01.2012 bersamaan 14hb Safar 1433 Hijrah, insyaAllah dijangkakan 100,000 rakyat akan BERHIMPUN SECARA AMAN dalam apa yang disebut sebagai Perhimpunan Aman 901.

Pihak polis diharap ambil perhatian bahawa perhimpunan ini insyaAllah akan berlangsung dengan penuh harmoni dan semangat setiakawan sekiranya pihak PDRM tidak membuat provokasi atau mengganggu kelancaran program perhimpunan aman rakyat ini.

Dengan ini Kerajaan Rakyat ingin memberi amaran kepada pihak polis (Terutama Ketua Polis Kuala Lumpur) agar jangan membiarkan anggota saudara bertindak ikut sesuka hati mereka. Andai perbuatan ganas, liar dan bersifat kebinatangan yang pernah dilakukan olih pihak polis terhadap orang awam diteruskan juga, besar kebarangkaliannya negara akan mendapat malu dan rakyat akan semakin benci, menyampah dan jijik terhadap jabatan polis.

No comments:

Post a Comment