Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 9, 2012

Pendedahan Isu NFC Oleh Rafizi Ramli....!!I


Seperti yang dijanjikan, KEADILAN hari ini tampil dengan bukti kukuh bagaimana dana awam yang disalurkan kepada NFC untuk projek berimpak tinggi dan berkepentingan awam telah disalahgunakan bagi tujuan peribadi keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang memiliki NFC.

Modus operandi yang digunakan adalah mudah – sejumlah besar dana tersebut didepositkan ke dalam bank-bank tertentu. Keluarga Dato’ Seri Shahrizat kemudiannya membuat pinjaman pembiayaan untuk membeli pelbagai hartanah mewah di bawah nama mereka walaupun secara peribadinya, mereka tidak mempunyai simpanan yang kukuh di bank tersebut.

Semakan dengan sebuah bank tempatan mengesahkan fakta-fakta berikut setakat 16 Februari 2012 (yang disokong dengan dokumen carian kredit rasmi bank tersebut yang disertakan bersama):

1. Lampiran A mengesahkan bahawa National Feedlot Corporation Sdn Bhd mempunyai simpanan deposit berjumlah RM71,395 ,617 dalam akaun 01181839801 dan RM90,972 dalam akaun 03984628723 di sebuah bank tempatan.

2. Lampiran B mengesahkan bahawa syarikat milik penuh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil iaitu National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd mempunyai deposit berjumlah RM1,872,254 di akaun bernombor 03147802316 di bank tersebut.

3. Lampiran C mengesahkan bahawa syarikat milik penuh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil iaitu Agroscience Industries Sdn Bhd mendapat kemudahan pembiayaan berbaki RM197,338 melalui pinjaman bernombor 02050032605, walaupun syarikat itu hanya mempunyai simpanan berjumlah RM927 di bank tersebut.

4. Lampiran D mengesahkan bahawa Dato’ Seri Salleh Ismail mendapat pinjaman peribadi berbaki RM4,391,240 untuk membiayai secara bersama pembelian hartanah melalui pinjaman bernombor 02062369427 dan menjadi penjamin kepada satu lagi pinjaman hartanah bernombor 02073919403 berbaki RM663,743, walaupun beliau secara peribadi hanya mempunyai simpanan RM421 di bank tersebut.

Secara jelas, ini membuktikan bagaimana dana awam yang diberikan kepada NFC untuk mengusahakan projek fidlot telah diselewengkan untuk dijadikan jaminan untuk mendapatkan pinjaman peribadi dan dibelanjakan dengan membeli hartanah-hartanah di atas nama peribadi mereka.

Semakan KEADILAN menunjukkan bahawa pinjaman peribadi Dato’ Seri Salleh Ismail dari bank tersebut telah digunakan untuk membeli 8 unit hartanah di KL Eco City Sdn Bhd seperti berikut (bukti pembelian dan rekod pinjaman dalam Lampiran E):

UNIT NILAI TEBUSAN PINJAMAN*
(FORCED SALE VALUE)
28-01 RM1,479,628
28-02 RM1,105,380
28-03 RM1,105,380
28-3A RM1,111,788
28-05 RM1,111,788
28-06 RM1,105,380
28-07 RM1,105,380
28-08 RM1,564,142

Jumlah :RM9,688,866

Nilai tebusan pinjaman adalah anggaran harga hartanah yang dapat diperolehi semasa lelongan dan lebih rendah dari harga pasaran. Berdasarkan harga pasaran semasa unit komersil di KL Eco City iaitu RM1,000 hingga RM1,100 setiap kaki persegi, KEADILAN menganggarkan harga pasaran semasa unit-unit ini boleh mencecah RM12 juta.

Kaedah menyalahgunakan dana awam untuk mendapatkan pinjaman peribadi seperti ini adalah menyalahi mandat yang diberikan kepada NFC untuk membangunkan projek berkepentingan nasional.

KEADILAN juga melahirkan rasa bimbang melihatkan rekod pembayaran pinjaman yang buruk; termasuklah tidak membayar bayaran pinjaman dalam bulan Julai dan Ogos 2011 selama dua bulan berturut-turut. Dalam bulan Disember 2011, perkara ini berulang kembali.

Memandangkan simpanan tetap NFC sebanyak RM71.4 juta berkait rapat dengan pembelian harta-harta peribadi ini, pengurusan NFC dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil, sebagai mewakili keluarganya, perlu memberi jaminan bahawa sebarang masalah pembayaran membabitkan pinjaman peribadi mereka tidak akan memberi apa-apa kesan kepada dana awam yang disimpan di bank yang sama.

KEADILAN juga mendesak supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak menunaikan janji beliau untuk membekukan semua aset NFC, termasuklah simpanan tetap berjumlah RM71.4 juta ini.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

7 MAC 2012


NOTA:

nikmat dalam dunia hari ini
ialah melihat ketua wanita gerombolan
kena tibai anak beranak

bayangkan betapa nikmatnya
apabila gerombolan hilang kuasa

tanah orang kampong yang dirampas diambil kembali
kes anak dibunuh dalam lokap di buka kembali
kes gerombolan menipu bawa ke mahkamah
kes tuan hakim rasuah buka kembali

paling enak ialah
rakyat malaysia adapat bertanya kepada
bik mama dan mat mongol
pasal apa altantuya dibunuh?

untuk nikmat ini
kita ke jalan raya
sebelum ke pilihan raya

No comments:

Post a Comment