Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 4, 2012

BERSIH 3.0 : Rakyat Wajib Turun Pertahankan Hak Untuk Pilihanraya Bersih Dan Adil....!!


JINGGA 13 hari ini menyambut baik langkah untuk melaksanakan satu lagi perhimpunan pilihanraya bersih dan adil - BERSIH 3.0 seperti yang diumumkan dalam sidang media sebentar tadi di KLSCAH oleh Jawatankuasa Pemandu BERSIH 3.0.

Kekecewaan rakyat terhadap salahlaku dan percubaan terang-terangan oleh SPR bagi mengelirukan daftar pemilih induk wajar dikecam dan diselar kerana ini adalah bukti terang-terangan bahawa terdapat usaha tersusun untuk mengekalkan Umno Barisan Nasional di Putrajaya walaupun jelas gelombang rakyat sudah menolak mereka.

Jingga 13 mempersoalkan integriti Pengerusi SPR yang dilihat bersekongkol dengan penipuan tersebut dan usaha untuk membersihkan senarai daftar pemilih induk itu tidak serius dilakukan dan bantahan demi bantahan dibiarkan berlalu tanpa tindakan tegas.

Jingga 13 juga menyelar Suruhanjaya Pilihanraya yang tidak mengendahkan 8 tuntutan Bersih 2.0 yang dilangsungkan Julai lalu dan hanya membenarkan penggunaan dakwat kekal pada Pilihanraya Umum akan datang. Adakah relevan penggunaan dakwat kekal ini jika daftar pemilih induk meragukan dengan data-data yang penuh pembohongan dan berat sebelah seperti yang didedahkan oleh Dr Ong Kian Meng dari UCSI.

Maka, menjadi kewajiban rakyat Malaysia untuk turun ke Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012, jam 2.00 petang di Dataran Merdeka dengan tema ‘Duduk Bantah’ bagi mendesak SPR dan kerajaan Malaysia untuk mengembalikan hak rakyat mendapatkan satu pilihanraya bersih dan adil seprti yang sepatutnya.

Justeru Jingga 13 akan membantu segala bentuk mobilisasi sedaya upaya kami, menggerakkan kempen-kempen di media sosial mahupun turun ke lapangan bagi memastikan seluruh kekuatan rakyat untuk Duduk Bantah terhadap penipuan ini dan mendesak SPR kerajaan Malaysia mendengar dan mengambil tindakan yang penuh bertanggungjawab.

Muafakat*Prihatin*Berani

VICKNESWARAN KRISHNAN
Setiausaha
JINGGA 13
Malaysia

No comments:

Post a Comment