Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 19, 2012

Macam-Macam Cara Nak Menipu.....!!


SPR tak boleh dipercayai, Pakatan buka pondok panas masa PRU-Keadilan Daily

KUALA LUMPUR 19 April: Pakatan Rakyat tetap bertegas untuk mendirikan pondok panas dan melakukan semakan daftar pemilih pada hari mengundi walaupun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)m mengeluarkan arahan melarang berbuat demikian.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerja-kerja semakan daftar pemilih pada hari pengundian tidak boleh diserahkan ‘bulat-bulat’ kepada SPR bagi mengelakkan suruhanjaya itu melakukan penipuan.

“Sekarang ini wakil parti tidak boleh lihat ketika semakan (daftar pemilih) dibuat oleh SPR. Ia diserahkan bulat-bulat kepada SPR. Tahun 2004 dan 2008 tak menjadi masalah, malah jawatan kuasa (PSC) tidak menyatakan cadangan ini. SPR mengambil alih, diluluskan di kabinet dan sekarang ini di Parlimen.

“Apa salahnya kalau ada dua orang wakil parti hadir untuk meyemak samada ada unsur penipuan atau tidak. Kalau tidak ada penipuan mengapa nak dibimbangkan? Saya menggesa supaya perkara ini diperbetulkan kerana kalau tidak ia hanya mengesahkan adanya cubaan untuk menipu dalam pilihanraya,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Pilihanraya (Pindaan) 2012, pindaan Sub Seksyen 26.

Pindaan itu melarang ejen parti politik mendirikan pondok panas dalam lingkungan lebih 100 meter dan larangan wakil parti melakukan semakan daftar pemilih bersama wakil SPR. Selain melarang mana-mana pihak menentukan identiti seseorang untuk mengundi di pusat pembuangan undi.

Menurut beliau, isu utama yang dibangkitkan dalam sistem pilihan raya adalah masalah daftar pemilih yang meragukan dan bukan isu remeh seperti itu.

Ketua Umum KEADILAN itu turut mempertikaikan mengapa parti politik terutamanya Pakatan Rakyat tidak dibenarkan menyemak senarai daftar pemilih seperti yang dilakukan pada pilihanraya sebelum ini.

“Adakah tujuan mereka untuk menafikan hak kita memastikan status pengundi itu? Tuan Pengerusi (Dewan Rakyat) bolehkah hak kita untuk menyemak dengan jarak 100 meter itu dinafikan? Kalau undang-undang ini diluluskan, ia membuktikan memang ada cubaan menipu secara terang-terangan dalam pilihanraya akan datang,” hujahnya.

No comments:

Post a Comment