Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 6, 2011

Kerna Terpaksa....!!


Minta solat hajat, kami dah tak larat, kata Halimah-MK

Kongsi 123Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali merayu kepada semua ahli PAS supaya mengadakan solat hajat serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang diserang, lapor Harakahdaily.

Dr Halimah dalam mesejnya yang penuh imosi memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini.

"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.

"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara," tulis Dr Halimah yang juga ADUN Selat Klang dalam mesejnya.

Halimah juga memaklumkan, Menteri Besar dan semua exco kerajaan negeri terpaksa menyertai majlis angkat sumpah Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru yang disekalikan dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran di istana negeri hari ini.

"Umno mahu menggunakan taktik sembah derhaka untuk ambil alih kerajaan Selangor seperti modus operandi Perak kalau kami tidak pergi," kata Halimah yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor.

Tidak bermakna kami rela

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya sebelum ini memaklumkan, kehadiran ereka ke istana hari tidak bermakna mengiktiraf perlantikan Khusrin.

"Kami ingin menegaskan kehadiran kami ini tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA terhadap pentadbiran ini. Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," kata Khalid dalam kenyataannya.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Khalid adalah "sebagai bukti dan tanda kasih serta taat setia kami kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor."

Kerajaan negeri Selangor, katanya, telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan menyatakan rasa terkilan mereka Selangor di dalam isu pelantikan SUK.

"Kita nyatakan dengan tegas bahawa tindakan mereka telah membelakangkan semangat Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan," katanya.

Nota :

Sebagai seorang muslim....
Kita perlulah berserah diri pada Allah....
Mintak supaya Allah mempermudahkan segala urusan kita...
Amin....Yarabbal alamin...!!

Jan 5, 2011

Jadikan Demonstrasi Amalan Kita...!!

TAKUT KESAN RADIASI – BH

MELAKA TENGAH: Penduduk Taman Megah, Bukit Beruang dalam Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), dekat sini, berang dan tidak berpuas hati dengan tindakan sebuah syarikat telekomunikasi membina struktur pemancar di situ tanpa mengadakan perbincangan dengan mereka.

Mereka mendakwa pembinaan struktur setinggi enam meter di atas sebuah bangunan tiga tingkat di situ boleh menimbulkan masalah kesihatan berpunca daripada radiasi dikeluarkan oleh sistem pemancar berkenaan.

Kemuncak rasa tidak senang hati dan bimbang itu diluahkan mereka baru-baru ini dengan mengadakan tunjuk perasaan secara aman di tapak projek itu. Mereka memaparkan bantahan itu menerusi kain rentang.

Bantahan itu turut disertai beberapa wakil dari taman berhampiran. Antaranya, Setiausaha JKKB Taman-taman Perumahan Bukit Beruang, Isa Harun dan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Melawis, Othman Abu.

Turut serta, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bunga Raya, Sulaiman Baba; Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Kerjasama, Wee Seng Siang dan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bukit Melaka, Tai Tam Yin.

Nota:

lihat dan baca
orang ramai semakin sedar
ini baru radiasi dari pencawang
belum lagi radiasi dari loji nuklear

tetapi masih ramai yang belum sedar
bahawa pencawang leterik atau yang
membawa ombak talipon amat merbahaya

kajian telah dilakukan di united kingdom
dimana sepanjang panjang pencawang leterik
melintasi kampong – ramai bayi di tepi pencawang ini
dilahir cacat atau mendapat penyakit barah lukimia

1 Malaysia : Rakyat Terus Di Bohongi...!!


Harga Naik : Pembohongan "UMNO Dahulukan Rakyat" - HD

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Adun Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim menyifatkan tindakan kerajaan BN menaikkan harga petrol RON97 dan minyak tanah secara serentak tengah malam tadi ini sebagai tidak keruan dan menipu rakyat.

Katanya, tindakan itu juga menjelaskan kepada rakyat bahawa slogan 'Umno dahulukan rakyat' yang mahu diperkasakan pada tahun ini hanya pembohongan semata-mata.

Beliau yang juga ketua penerangan PAS Perak berkata, keadaan rakyat kini semakin terhimpit setelah berulangkali berlaku kenaikan harga barangan keperluan utama .

“Pakatan Rakyat ingin mengingatkan kepada rakyat bahawa undi BN bermaksud menempa kesengsaraan yang akan membawa kepada kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian kelak,” katanya yang juga pengerusi sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

Sementara itu Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mendakwa kenaikkan terbaru itu merupakan tindakan terdesak kerajaan untuk mengisi tabung Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Tenang.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, tindakan tersebut juga menunjukkan BN sudah kekurangan wang dan transformasi ekonomi yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri najib Razak menemui kegagalan.

"Umum mengetahui bahawa Barisan Nasional akan terpaksa memperuntukkan sejumlah besar wang bagi membiayai pilihan raya kecil mereka dan sumber yang menjadi mangsa mereka sudah tentulah poket Kerajaan Persekutuan sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

DPPP juga katanya,berpandangan kenaikan harga minyak dan bahan mentah di pasaran bukan ditentukan oleh harga pasaran minyak dunia, kedudukan ekonomi negara, kemampuan serta keperluan rakyat, tetapi sebenarnya banyak ditentukan oleh pilihan raya dan keperluan Barisan Nasional.

"Di kala mereka mempersenda janji Pakatan Rakyat yang cuba membantu dan mengutamakan rakyat, kerajaan BN terus mencekik dan menambah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat," katanya.

Sehubungan itu, DPPP menyeru rakyat khususnya golongan muda menolak BN dalam pilihan raya kecil Dun Tenang dan pilihan raya umum akan datang.

"Pilihan raya DUN Tenang, peluang rakyat memberikan amaran kepada Kerajaan yang zalim ini agar tidak terus menerus menzalimi dan menindas kehidupan rakyat dengan memberikan undi dan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.

Harga petrol RON97 naik sebanyak 10 sen menjadikannya kepada RM2.40 seliter manakala minyak tanah kepada RM2.50 seliter berkuat kuasa hari ini.

Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Dis lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

Nota :

Berapa kali mau cakap...
Berapa kali mau pesan...
1 Malaysia..Rakyat di Dungukan...Duit Di Utamakan...!!
Kenapa payah nak faham-faham ni...
Kita jangan jadi bodoh....
Atau jangan terus di perbodohkan lagi....

UMNO Tak Tenang Di DUN Tenang...!!

Jadi..!! Siapa Yang Bunuh Teoh Beng Hock...??


Penghakiman terbuka: Teoh tak bunuh diri atau dibunuh-MK

Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini membuat penghakiman terbuka berhubung inkues Teoh Beng Hock, yang ditemui mati pada 16 Julai 2009.

Beliau memutuskan punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri mahupun dibunuh.

Menurutnya, masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.

Berikutan itu, Azmil memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri.

Azmil berkata, ada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa kecederaan pada leher Teoh berlaku sebelum dia jatuh, tetapi tidak ada bukti untuk mengesahkan bahawa kecederaan itu menyumbang kepada kematiannya.

Azmil, yang mendengar inkues itu mulai 29 Julai, 2009, juga berkata tidak ada pihak ketiga yang terbabit dengan kematian tersebut.

Sebelum itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini sesak dengan penyokong dan media bagi mendengar keputusan inkues berhubung kematian pembantu exco kerajaan negeri Selangor Teoh Beng Hock yang mati dua tahun lalu.

Mendiang Teoh dijumpai tidak bernyawa ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) selepas terjatuh dari tingkat lima pejabat SPRM Shah Alam.

Kira-kira jam 2 petang, ibubapa dan adik perempuannya hadir di perkarangan mahkamah.

Sementara itu, penyokong-penyokongnya menaikkan kain rentang serta melaungkan 'Justice For Beng Hock'.

Tidak kurang juga yang memakai bunga kekwa putih di baju mereka.

Manakala peguam-peguam yang mewakilinya pelbagai pihak pula hadir kira-kira jam 2.30 petang.

Kelihatan juga di perkarangan jumlah anggota polis yang luar biasa ramainya dan sekatan jalan di beberapa jalan utama menuju ke mahkamah.

Nota :

Bederailah air mata
Bila berita ini sampai
Lihatlah air mata seorang ibu
Lihatlah air mata seorang ayah
Lihatlah air mata seorang kekasih

Bahawa kau teoh beng hock tidak membunuh diri...!1

Jan 4, 2011

UMNO Yang Mengkhianati Raja-Raja Melayu....!!


KUALA LUMPUR: Kenyataan Sultan Selangor membuktikan Umno sebenarnya yang tidak menghormati Raja-raja dan bukan Pakatan Rakyat seperti yang selalu dituduh Umno, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail. Beliau mengulas kenyataan Sultan Selangor semalam yang mengakui tidak lagi mempunyai kuasa selepas kuasa tersebut dilucutkan Umno pada tahun 1993. Sultan Selangor berkata demikian ketika menerima mengadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid untuk membincangkan isu pelantikan Dato’ Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ketika pindaan Perlembagaan pada tahun 1993, Tun Mahathir yang menjadi Presiden Umno meminda Perlembagaan untuk menghapuskan dan melucutkan kekebalan Raja-raja Melayu.
Menurut Saifuddin, hikmah daripada peristiwa Khusrin ini, rakyat dapat lihat siapa yang mengkhianati Raja, dan siapa yang mahu mengembalikan kuasa Raja-raja.

“Pada hari ini Umno berharap rakyat melupakan bahawa merekalah yang menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu. Sedangkan hakikatnya merekalah yang telah menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu pada tahun 1993,” kata Saifuddin sewaktu dihubungi KeadilanDaily.com

Saifuddin seterusnya mengimbau kembali peristiwa bagaimana Umno menghina Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz (Almarhum) dalam Perhimpunan Agung Umno 1991. Menurut beliau, wakil Umno Selangor yang juga Setiausaha Politik Muhammad Mohd Taib, Dato’ Zainal Abidin Sakom menyerang habis-habisan peribadi Tuanku dalam perhimpunan tersebut.

“Ucapan Zainal Abidin disambut meriah perwakilan Umno seterusnya membawa kepada pindaan mengurangkan kuasa Raja-raja ” kata Saifuddin.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataan akhbar semalam menjelaskan bahawa Selangor akan memanggil sidang tergempar khas Dewan Undangan Negeri untuk meminda Undang-Undang Tubuh termasuk mengembalikan semula kuasa Raja-raja.

Nota :

Jika benar Umno benar-benar menghormati Raja-raja Melayu, mereka tidak akan menolak usul tersebut nanti.

Jika mereka menolak, bererti Umno dengan sendirinya mendedahkan pekung mereka selama ini yang mengkhianati Raja-raja Melayu.

Nota Untuk YDP Agung...!!


"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Kerap diperkatakan para raja dan sultan Melayu di Malaysia sebagai payung kesejahteraan rakyat. Sebagai memperingati dan menghargai peranan dan jasa raja-raja dan sultan-sultan yang ramai bilangannya di negara ini, saya mohon sesiapa yang mengetahui, sepanjang tahun 2010 berapa ramaikah rakyat yang hidup dalam kesusahan dan kemiskinan yang telah dilawati dan dibantu oleh para sultan.

Kesemua sultan dan raja Melayu hidup dalam serba kemewahan. Ada sesetengah sultan/raja yang memiliki berpuluh kereta mewah dengan nilai setiap satu mencecah jutaan Ringgit Malaysia. Persoalan saya selaku rakyat yang menghormati institusi raja berperlembagaan, apakah kegemaran para sultan/raja sebegini selaras dan seiring dengan apa yang dituntut dalam Islam?

Dalam perlembagaan negara, perdana menteri diwartakan sebagai penasihat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda juga sebagai ketua agama Islam. Sebagai rakyat, saya menghormati Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah yang berpakaian menurut tuntutan Islam dengan menutup auratnya. Walaubagaimanapun saya musykil apakah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak dapat menasihatkan atau telah gagal menasihati isteri kepada perdana menteri untuk mematuhi tuntutan agama Islam agar Datin Seri Rosmah Mansor turut menutup auratnya.

Sepertimana yang telah saya titipkan di sini, sekali lagi saya memohon agar raja-raja Melayu prihatin terhadap masalah rakyat terutama dalam hal yang berkaitan dengan tuntutan agama Islam. Diketahui umum bahawa terdapat menteri semasa pentadbiran Abdullah Badawi yang memperkosa pembantu rumahnya yang berwarga negara Indonesia. Malangnya perbuatan terkutuk ini diberitakan telah disenyapkan oleh Abdullah Badawi yang juga presiden Umno ketika itu. Hal ini telah menjadikan nama negara dipandang rendah oleh masyarakat dunia terutamanya dikalangan negara Islam. Lebih mendukacitakan perbuatan rogol yang dipercayai telah dilakukan oleh pemimpin kanan Umno ini turut menjejaskan nama baik raja-raja Melayu terutamanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri.

Adalah menjadi harapan saya agar dengan kuasa yang ada, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri menitahkan satu Jawatankuasa Siasatan di Raja ditubuhkan untuk menyiasat kes berkaitan. Semoga dengan tindakan ini, segala persoalan yang bermain difikiran rakyat akan terjawab.

Sebagai pengakhir bicara, harapan dan doa saya agar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Permaisuri Tuanku Nur Zahirah sentiasa berada dalam dakapan kasih dan redho Allah swt hendaknya.

Salaam Takzim
Mohd Sofi Yassin
Kerajaan Rakyat

Apa Khabar 1 Malaysia....??


Maklumat penting dan paling mengecewakan pengguna minyak RON97 ialah harganya akan naik lagi sebanyak 10 sen mulai tengah malam ini kepada harga baru, RM2.40 sen. Harga petrol RON97 sebelum ini ialah RM2.30 sen sejak kenaikan sebanyak 5 sen pada akhir November 2010 yang lepas. Bagi pengguna minyak RON95 pula, tiada sebarang kenaikan harga ketika ini. Namun merujuk kepada situasi semasa yang kurang memihak kepada pengguna, berkemungkinan besar minyak RON95 juga akan dinaikkan harga sedikit masa lagi.

Nota :

Apa khabar ron 97
Mahu naik lagi ke?

Sepuluh sen sekali naik....
Naik perlahan lahan...
Orang tak marah..Orang Tak bising...
Kah...Kah...Kah....!!

Kita tunggu malam ini....
Kita bertepuk dan bersorak....
Sebab minyak naik harga lagi....
Kah...Kah...Kah...

Kalau Tak Fitnah..Bukan UMNO Namanya...!!


Tenang : Risalah Fitnah Mula Di Sebar - HD

KUALA LUMPUR, 4 Jan: Risalah tidak bertuan yang mula tersebar di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang bertujuan mempengaruhi pengundi Melayu, dakwa Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Beliau berkata, pihaknya ada melihat risalah berbentuk buku kecil bertajuk DAP anti-Islam dan 'Khawarij dan Politik PAS' itu namun belum terserempak dengan individu yang melakukan penyebaran itu.

"Sekarang ini dah mula banyak risalah tidak bertuan mula disebarkan di Felda dan nampaknya risalah tu lebih kepada nak mempengaruhi pengundi Melayu.

"Banyak risalah yang kita jumpa telah diedarkan yang ditinggalkan di kedai-kedai makan, bukan sedang diedarkan. Jadi kita tidak boleh tuduh sesiapa sebab tak ada nama," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau, yang merupakan Pengarah Keselamatan Pemuda PAS negeri, pihaknya tidak akan teragak-agak membawa perkara itu kepada pihak polis sekiranya menjumpai individu yang melakukan perbuatan itu.

"Kita minta unit keselamatan pemuda, sekiranya menjumpai risalah yang disebarkan, kita ambil dan buang.

"Kalau kita jumpa mana-mana pihak yang menyebar risalah ini kita tidak akan teragak-agak untuk bawa mereka kepada pihak polis kerana risalah ini lebih kepada menyampaikan fitnah kepada masyarakat," katanya.

Ujarnya, kemunculan risalah-risalah fitnah ini lebih wajar diberi perhatian berbanding menuduh PAS mula turun berkempen.

"Dalam media Umno BN tuduh PAS mula berkempen. Memang kita turun tapi atas nama parti ataupun organisasi seperti melancarkan jentera pilihan raya dan sebagainya. Itu perkara biasa.

"Tapi ada pihak yang turun tanpa menamakan diri mereka siapa dan mengedarkan risalah. Ini satu kempen yang tidak sihat," katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng mendedahkan penyebaran risalah fitnah ini di sekitar Dun Tenang.

Risalah DAP anti Islam mengandungi nota yang bertulis DAP akan mengharamkan azan, majlis maulidur rasul dan sebagainya jika Pakatan Rakyat memerintah.

Serah kepada polis

Sementara itu, ketua pemuda sosialis DAP (Dapsy), Anthony Loke tidak menolak kemungkinan penyebaran risalah fitnah itu dilakukan Umno BN yang mula bimbang dengan kemaraan Pakatan rakyat di negeri itu.

"Ini tindakan terdesak Umno, taktik kotor, taktik biasa mereka sebab mereka tak ada isu untuk menentang Pakatan Rakyat kecuali fitnah dan mengelirukan rakyat dan membuat rakyat marah dengan menyebar fitnah bahawa DAP anti-Islam," katanya yang juga dihubungi Harakahdaily hari ini.

Bagaimanapun beliau yang juga ahli Parlimen Rasah yakin rakyat khususnya di Dun Tenang tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang dijangkakan akan lebih meluas sepanjang tempoh kempen nanti.

"Kita jangkakan lebih banyak risalah yang akan keluar menjelang kempen pilihan nanti.

"Tapi saya percaya rakyat tak mudah terpedaya dengan fitnah ini," katanya.

Menurut beliau juga, pakatan Rakyat tidak bimbang dengan fitnah itu sebaliknya telah bersedia untuk memberi penerangan kepada rakyat.

"Kita tak perlu risau sebab kalau kita memberikan penerangan yang cukup, kita boleh mengenepikan segala fitnah itu," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis segera mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang cuba mencetuskan suasana tidak harmoni antara kaum ketika ini.

"Ini tugas polis untuk menahan sesiapa yang bertanggungjawab dalam perkara ini kerana ia bersifat fitnah dan melanggar dua undang-undang iaitu akta hasutan dan akta percetakan.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ada bidang kuasa menahan orang awam tetapi hanya bveoleh bertindak ke atas parti politik dan calon yang bertanding sahaja. Jadi kita serah kepada polis," katanya.

Nota :

Berita sebegini adalah biasa kita dengar....
Di mana-mana pun UMNO memang suka buat fitnah...
Kita tengok...apa fitnah yang UMNO nak buat sekarang...
Kita tungguuuu.....!!

Kenyataan Media TGNA....


Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan
Merangkap al-Mursyidul Am PAS


Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Terima kasih. Wassalam.

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS.