Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Jan 4, 2011

Nota Untuk YDP Agung...!!


"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Kerap diperkatakan para raja dan sultan Melayu di Malaysia sebagai payung kesejahteraan rakyat. Sebagai memperingati dan menghargai peranan dan jasa raja-raja dan sultan-sultan yang ramai bilangannya di negara ini, saya mohon sesiapa yang mengetahui, sepanjang tahun 2010 berapa ramaikah rakyat yang hidup dalam kesusahan dan kemiskinan yang telah dilawati dan dibantu oleh para sultan.

Kesemua sultan dan raja Melayu hidup dalam serba kemewahan. Ada sesetengah sultan/raja yang memiliki berpuluh kereta mewah dengan nilai setiap satu mencecah jutaan Ringgit Malaysia. Persoalan saya selaku rakyat yang menghormati institusi raja berperlembagaan, apakah kegemaran para sultan/raja sebegini selaras dan seiring dengan apa yang dituntut dalam Islam?

Dalam perlembagaan negara, perdana menteri diwartakan sebagai penasihat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda juga sebagai ketua agama Islam. Sebagai rakyat, saya menghormati Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah yang berpakaian menurut tuntutan Islam dengan menutup auratnya. Walaubagaimanapun saya musykil apakah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tidak dapat menasihatkan atau telah gagal menasihati isteri kepada perdana menteri untuk mematuhi tuntutan agama Islam agar Datin Seri Rosmah Mansor turut menutup auratnya.

Sepertimana yang telah saya titipkan di sini, sekali lagi saya memohon agar raja-raja Melayu prihatin terhadap masalah rakyat terutama dalam hal yang berkaitan dengan tuntutan agama Islam. Diketahui umum bahawa terdapat menteri semasa pentadbiran Abdullah Badawi yang memperkosa pembantu rumahnya yang berwarga negara Indonesia. Malangnya perbuatan terkutuk ini diberitakan telah disenyapkan oleh Abdullah Badawi yang juga presiden Umno ketika itu. Hal ini telah menjadikan nama negara dipandang rendah oleh masyarakat dunia terutamanya dikalangan negara Islam. Lebih mendukacitakan perbuatan rogol yang dipercayai telah dilakukan oleh pemimpin kanan Umno ini turut menjejaskan nama baik raja-raja Melayu terutamanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri.

Adalah menjadi harapan saya agar dengan kuasa yang ada, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sendiri menitahkan satu Jawatankuasa Siasatan di Raja ditubuhkan untuk menyiasat kes berkaitan. Semoga dengan tindakan ini, segala persoalan yang bermain difikiran rakyat akan terjawab.

Sebagai pengakhir bicara, harapan dan doa saya agar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Permaisuri Tuanku Nur Zahirah sentiasa berada dalam dakapan kasih dan redho Allah swt hendaknya.

Salaam Takzim
Mohd Sofi Yassin
Kerajaan Rakyat

No comments:

Post a Comment