Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 20, 2011

Selepas Telur Tiruan Kini Beras Tiruan Pula...!!

" Sebelum ini negara di kejutkan dengan penemuan telur tiruan pada 6 April lalu di pasar Pulau Tikus di Georgetown, Pulau Pinang.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

Pada 11 April, Jabatan Veterina berkata tiruan itu bukan telur tiruan. Saya masih berpendapat kenyataan ini adalah kenyataan untuk meredakan masyarakat daripada panik dan kemungkinan telur akan mengalami kemerosotan penjualan. Atas kepentingan ini saya rasa kerajaan mengambil sikap mengumumkan tiada telur palsu disamping membuat pemantau serius secara tersembunyi.

Kita juga sedar Presiden CAP, SM Mohamed Idris adalah diantara orang yang cermat dalam membuat sebarang tuduhan kerana implikasi kepada pengeluar telur yang boleh membawa kepada saman.

Hari ini diluar negara heboh tentang beras tiruan, seorang pembaca yang berpusat di bandar Tuoi Tre telah menyerahkan contoh beras yang dianggap palsu dan dipercayai diperbuat dari plastik.

"Pada tarikh 17 Februari lalu saya membeli satu kg beras untuk VND10, 500 dari seorang penjual. Saya dapati nasi yang panjang dan warna kekuningan. Tidak ada butiran rosak pada beras berkenaan" kata beliau.

Setelah memasak setengah kilogram beras hari yang sama, ia menemukan butiran nasi hanya sedikit lebih besar dari yang mentah dan dipisahkan satu sama lain.

"Butiran nasi ini tidak boleh hancur ... dan setelah saya menekan di tangan saya, saya dapatinya elastis seakan terbuat dari getah." Tambah beliau.

Nasi tidak berbau manis dan jika ditingalkan pada keadaan suhu normal, masih tidak basi atau bertukar warna.

Plastik beras?

Setelah menyemak beras, Mr Dao Quang Hung, seorang pegawai daripada Jabatan Hortikultura di bawah Jabatan Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, berkata, "Beras ini terlihat sangat aneh dan saya belum pernah melihat sebelumnya".

"Namun, kita perlu melakukan beberapa analisis fizikal dan kimia pada beras sebelum membuat kesimpulan apakah itu palsu beras atau tidak." tambah beliau.

"Panjang butiran beras aneh adalah sekitar 10 mm, 3-4 mm lebih panjang daripada beras biasa, sedangkan dalam hal lebar, beras aneh jauh lebih tipis. Beras terbaik di Vietnam sekarang adalah 5 peratus beras patah, sedangkan beras yang aneh tidak memiliki butir-butir patah," katanya.

Selain itu, tidak seperti beras biasa, beras yang aneh ini benar-benar telus dan mempunyai 'benih' tidak kabur di dalamnya, ia menambah.

Menunggu kesimpulan dari institusi berkenaan tentang hal beras aneh ini, Mr Hung memberi amaran supaya pelanggan tidak membeli atau memakannya.

Lagi Projek Nak Tipu Melayu....!!!


RM50 JUTA UNTUK PROJEK EMEL SATU MALAYSIA - MK

Satu syarikat IT tempatan, Tricubes Bhd akan melaburkan RM50 juta untuk menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

Pelaburan bagi Projek Emel 1Malaysia itu adalah bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan.

Najib Razak ketika merasmikan projek berkenaan hari ini berkata, emel berkenaan akan membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat di antara rakyat dan kerajaan.
Ia juga bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pengguna dan juga warga niaga.

Ditanya sekiranya projek berkenaan akan bertembung dengan perkhidmatan dalam talian lain seperti MyEG, Tricubes berkata projek berkenaan berbeza daripada inisiatif sedia ada.

Ketua pegawai eksekutifnya Khairun Zainal Mokhtar berkata, berbeza dengan perkhidmatan bayaran dalam talian MyEG, perkhidmatan melibatkan email baru itu akan melibatkan penghantaran notis dan bil.

Nota:

cuba selidik siapa punya syarikat ini
ini mesti ada hubungansdengan bik mama
atau ada hubungan dengan mat mongol

bursa saham kata syarikat ini nak bangkrap
kah kah kah

Masih ada lagi orang melayu tak sedar
Inilah perniagaan kroni
paksa rakyat beli
paksa rakyat guna
patutlag china marah
patutlah india marah
inilah cara melayu menipu

bila china marah
bila india marah
tuduh mereka rasis

kah kah kah

From Paris With Love....!!


SKANDAL SCORPENE : SUARAM LANTIK HAKIM BEBAS DI PERANCHIS

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada mesyuarat 18 April lalu, memutuskan untuk melantik seorang hakim bebas di Mahkamah Perancis bagi membicarakan kes dakwaan rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael, berkata tiga peguam yang mewakili Suaram, Joseph Breham, William Bourdon dan Renaud Semerdjian telah dimaklumkan untuk mendapatkan seorang hakim bebas di Perancis bagi mengendalikan kes itu.

“Siapa hakim bebas itu, akan diketahui dalam dua tiga minggu lagi,” kata Cynthia hari ini.

“Sama ada mereka yang terlibat ada di Perancis atau di negara luar tidak timbul kerana mahkamah boleh menggunakan pelbagai peruntukan antarabangsa untuk memanggil saksi bagi memberi keterangan,” kata peguam itu.

Melalui pelantikan hakim bebas itu, beliau berkata, mahkamah Perancis akan diberi kuasa untuk memanggil atau mendapat maklumat dari mereka yang terlibat untuk diambil keterangan.

Awal april lalu, laman web Rue89 berpangkalan di Perancis mendedahkan kes mahkamah di negara itu yang menjalankan pendakwaan berhubung bayaran komisyen pembelian dua kapal selam Scorpene antara Armaris dengan Perimekar Sdn Bhd.

Armaris merupakan syarikat pembina kapal selam kelas diesel jenis Scorpene yang juga anak syarikat firma pertahanan Gergasi Perancis, DCN (Direction des Constructions Navales) dengan usahasama firma Sepanyol Agosta.

Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Abdul Razak adalah bekas penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam keterangan Rue89, Armaris membuat kenyataan tidak pernah terlibat membayar Perimekar Sdn Bhd 114 juta Euro (RM493.53 juta) tetapi sebenarnya ia dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib selaku Menteri Pertahanan pada 2002.

Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham menfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.

Mengikut perundangan Perancis, amalan memberi komisyen adalah jenayah berat.


NOTA:

najib dan razak baginda
yang terlibat dalam pembelian
kapal selam ini akan dipanggil

sudah pasti waran international
akan digunakan untuk membawa
dua ekor malaon ini ke paris

SIAPA PEGUAM ITU?

William Bourdon
MAY 19, 2009
Lawyer, Human Rights specialist

William Bourdon was born in 1956. He is a French lawyer. He is specialized in the defence of human rights and of victims of crimes against humanity.

He was the General Secretary of the International Federation for Human Rights (1995-2000).

In 2000, he wrote the essay “The International Criminal court - the Statute of Rome” (Seuil).

In 2001, he created the 'Sherpa' a not-for-profit organisation which focuses on improving the legal tools that create a legal framework for the social responsibility of corporations.

In 2006, he appeared in his own role as a lawyer for African plaintiffs in the film 'Bamako' by Abderrahmane Sissako.

He has been very active in initiating legal procedures in France against former Serbian or Rwandan leaders suspected of crimes against humanity and crimes of war. He is the lawyer of Franco-Chilean families who were victims of the former dictator Augusto Pinochet. He also defends several French prisoners detained in Guantanamo.

Akhirnya Projek Dato' T Kantoi.....!!


KAMI TIDAK TAKUT DIDAKWA - UM

KUALA LUMPUR 19 April – Trio ‘Datuk T’ hari ini mendedahkan bahawa mereka tidak sedikit pun takut untuk berhadapan dengan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan, kerana menayangkan rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Semua trio tersebut, iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Shuib Lazim berkata, mereka sudah bersedia mental dan fizikal untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.

Malah mereka juga bersedia untuk melakukan sumpah laknat di mana sahaja termasuk di depan Kaabah, bagi membuktikan pendedahan mengenai rakaman video seks tersebut adalah benar membabitkan ketua pembangkang tersebut, sebagaimana yang didakwa.

Nota :

Wah bukan main berani lagi....
Sila baca di bawah ni...
nampaknya mereka dah mula kecut...
Kah...Kah....


SHUIB: TIDAK ADIL JIKA DIDAKWA SEBAR VIDEO -mkini

Salah seorang daripada trio 'Datuk T', Shuib Lazim berkata, mereka tidak berniat untuk menyebarkan video lucah yang didakwa melibatkan seorang tokoh utama pembangkang.

Oleh sebab itu, Shuib menyifatkan sebarang tindakan yang mungkin dikenakan ke atas mereka sebagai "tidak adil" kerana mereka tidak sepatutnya didakwa atas tuduhan berkenaan.

"Kita rasa kita bukan dedah kepada orang ramai, kita cuma tunjuk kepada pemberita. Pemberita yang akan jadi saksi (dalam kes tayangan video berkenaan).

Apr 19, 2011

Foto Presiden Jerman Di Baling Telur....!!


Presiden Jerman Christian Wulff telah dilontar telur oleh rakyatnya namun tetap santai dan tidak menunjukan reaksi yang berlebihan. Dia hanya berkata, “saya senang menatap muka anda, walaupun mendapat lemparan telur”.


Christian Wulff merupakan Presiden Jerman termuda. Inilah risiko yang perlu diambil ketika di tempat awam. "Pakaian Presiden memang kotor, tetapi beliau biasa sahaja," kata pejabat setempat kepada AFP, Jumaat-15/4/2011


Wulff dilontar telur ketika muncul di kota Wiesbaden, Jerman. Seorang lelaki berumur 48 tahun tiba-tiba muncul dan melempar telur kepadanya. Setelah telur itu terkena bahagian dada Wulff, ia langsung diganti dengan jaket baru.

Cara Macamana Telur Tiruan Di Buat....!!

Suci Dalam Debu....!!

Kenapa Taib Tergesa-gesa Angkat Sumpah KM Sarawak?


KUCHING 17 APRIL : Tindakan Tan Sri Abdul Taib Mahmud tergesa-gesa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak, sejurus selepas berjaya mempertahankan kerusi DUN Balingian, dipertikaikan banyak pihak termasuk Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa tindakan tergesa-gesa Taib itu ekoran wujudnya "musuh dalam selimut" merancang untuk memilih Ketua Menteri Sarawak yang baru bagi menggantikan Taib yang berkuasa lebih 30 tahun.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Taib itu juga disebabkan undi popular Barisan Nasional pada pilihan raya negeri kali ini turun lebih 7 peratus, menjadikan undi semasa sekitar 55 peratus.

"Yang paling penting, undi popular turun dari 62 peratus kepada 55 peratus beri isyarat bahawa Taib Mahmud perlu undur. Sehingga Taib (terpaksa) pergi ke Istana untuk angkat sumpah (sebagai Menteri)

"Adakah beliau takut musuh dalam selimut, saya rasa kamu semua lebih tahu. Takkan dia takut pada 16 (pembangkang).

"Taib bukan menang 2 kerusi (macam era Timbalan Ketua Menteri Sabar, Joseph Pairing dulu), dia (Taib) ada dua pertiga di DUN (Sarawak), maka mengapa perlu pergi ke istana sehingga larut malam," ujarnya pada suatu kenyataan media di Hotel 360, di sini.

Katanya lagi, keputusan pilihan raya kali ini sekaligus menolak tanggapan umum bahawa Sarawak adalah "simpanan tetap" bagi Barisan Nasional untuk terus menguasai Putrajaya.

"Pilihan raya kali ini menunjukkan bahawa Sarawak yang dianggap sebagai fix deposit Sarawak oleh Barisan Nasional tiada lagi.
"Ini petanda pilihan raya umum mesti dibuat cepat kerana undi alih sebanyak 7 peratus.

"Ini adalah satu petanda bahawa Barisan Nasional akan hilang lebih banyak kerusi parlimen berdasarkan undi (popular) nasional."
"BN dapat 75 peratus kerusi di DUN Sarawak walaupun undi popular hanya 55 peratus, ia tidak mencerminkan demokrasi yang sebenar iaitu (nilai) 'satu undi' rakyat," beliau menambah.

Katanya, BN boleh kekal menang berkemungkinan disebabkan empat faktor - iaitu politik wang, media tidak bebas, ancaman atau faktor ugutan dan penipuan dalam proses pilihan raya.

"Dan saya rasa beberapa (proses kiraan di beberapa) kerusi pakatan rakyat berlaku penipuan sehinga di beberapa kawasan (seperti Sibu) boleh padam elektrik," tambahnya.
Nada yang sama turut disuarakan oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

"Saya fikir kalau kita lihat pada undi popular merangkumi 46 peratus...ia menunjukkan peratusan (sokongan pada Pakatan Rakyat) yang kukuh untuk rakyat sarawak nak perubahan.

"Saya rasa ia petanda bagi parti berbilang kaum seperti PKR walaupun padang yang tidak sama rata seperti di Batu Kawah, namun ia tidak menghalang kita untuk tingkat prestasi," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Semantara itu menurut, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, pilihan raya negeri Sarawak ke-10 memberi gambaran bahawa rakyat bersedia berubah dengan menyokong Pakatan Rakyat.

"Walaypun PAS tidak menang (di lima kerusi yang ditandingi) tapi ini buktikan semangat bersama Pakatan Rakyat.

"Ingin saya tegaskan bahawa tanah Sarawak sangat bersedia untuk Pakatan," ujarnya.
Beliau yang juga ahli parlimen Bachok berkata, PAS berjaya mengurangkan 800 undi majori BN di Beting Maro.

Di Muara Tuang katanya lagi, PAS berjaya mendapat undi sokongan lebih 3,000 undi. Di Tanjung Datu pula, PAS berjaya mendapat undi sokongan sebanyak 1,002 undi.
Justeru katanya, fokus PAS untuk agenda "Selamatkan Sarawak" adalah untuk mendapat kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

"Langkah seterusnya adalah persiapan di PRU13," tegas beliau.
Dalam perkembangan yang sama, Adun Ba'Kelalan Baru Bian yang disebut-sebut sebagai "Ketua Menteri Sarawak" bersedia menyerahkan hal pelantikan Ketua Pembangkang Sarawak kepada konsesus wakil rakyat Pakatan Rakyat Sarawak; ketika ditanya wartawan.

Turut hadir, Pengerusi DAP Karpal Singh dan penasihatnya Lim Kit Siang serta wakil rakyat baru Pakatan Rakyat Sarawak.

Satu Lagi Projek Kerajaan barisan Nasional....!!!


KUALA TERENGGANU - Tempat kenderaan bertingkat automatik (Rotary Type) di Jalan Batu Baru di sini, yang mula beroperasi pada 3 Februari 2011 lalu, dilaporkan hanya mendapat kutipan tidak lebih RM300 sehingga akhir Mac lalu.

Tempat parking tersebut yang menelan belanja RM9.8 juta, adalah dikatakan cetusan idea Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Haji Ahmad Said yang kononnya mampu menyelesaikan masalah tempat letak kereta khususnya di Bandar Raya ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menegaskan ia adalah satu projek membazir kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu

"(ia) satu lagi projek membazir Umno, saya tegaskan projek ini bukan untuk kemudahan rakyat tapi untuk kroni (yang dapat kontrak pembinaan projek tersebut),"ujarnya ketika dihubungi Buletinonline.

Beliau yang pernah menegur kerajaan negeri dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mengulangi, ia adalah satu pembaziran yang nyata apabila kerajaan membelanjakan wang rakyat hampir sepuluh juta bagi membina tempat letak kereta tersebut.

Ahmad Said ketika merasmikannya yakin sistem berkenaan mampu menambah tiga kali ganda ruang tempat letak kenderaan, berbanding sedia ada yang hanya boleh memuatkan 86 buah kenderaan.

Katanya, langkah itu juga mampu membendung masalah vandalisme, kejadian langgar lari serta jenayah pecah kenderaan.

“Saya melihat keperluan sistem tempat letak kenderaan ini amat tinggi di bandar raya ini terutamanya ketika musim perayaan dan cuti sekolah, kerana kekurangan tempat letak kenderaan begitu ketara dan menjadi punca utama kesesakan jalan.

“Saya berharap orang ramai dapat menggunakan perkhidmatan ini sebagai tanda sokongan terhadap usaha kerajaan mengatasi masalah itu. Kita akan memberi tempoh percubaan selama seminggu secara percuma,” katanya.

Menurut Datuk Bandar, Dato’ Azlan Dagang sistem itu berkonsepkan “Merry Go-Round” idea Menteri Besar menggunakan teknologi Korea.
Katanya,pelanggan akan dibekalkan dengan e-kad untuk menyimpan dan menuntut balik kereta yang disimpan.

Beliau mendakwa. hanya London dan Tokyo sahaja yang menggunakan Rotary Type seumpama itu dalam usaha menjimatkan kawasan dan keselamatan kenderaan. Pembinaan parking ini juga mampu mengelakkan kes kecurian kereta kerana tahap keselamatan kenderaan lebih terjamin.

Namun begitu, menurut laporan, walaupun pada musim cuti sekolah di antara 11 hingga 19 Mac baru-baru ni, tempat letak kereta tersebut tidak menjadi pilihan kepada pengguna.

Seorang pengguna, Adnan Awang berkata beliau tidak yakin dengan sistem letak kereta tersebut walaupun kerajaan mengatakan ia adalah selamat dan canggih.

"orang fikir (soal) keselamatan, beli kereta sebutir 40 - 50 ribu (ringgit), rasa tempat parking (bertingkat) tak selamat, parking tu letak bawah besi-besi...kalau runtuh atau rosak???,"katanya ketika ditemui

Menurutnya, tempat letak kereta tersebut juga tidak selesa dan mudah, sebagaimana tempat letak kereta biasa, samada di tepi jalan atau tempat lapang.

"Asalkan tempat letak kereta bertingkat di bangunan Pasar Payang pun orang malas nak naik, apa lagi parking jenis baru macam ni,"katanya membuat perbandingan.

Oleh sebab itu, beliau yakin, tempat letak kereta tersebut akan menjadi satu projek gajah putih kerana ia tidak sesuai bagi pengguna.

Pembinaan tempat letak kereta terbabit dibina begitu cepat, memakan masa tidak sampai setahun bermula 9 Mei 2010 dan siap sepenuhnya Disember 2010.

Ia didakwa mampu memuatkan lebih 200 buah kereta serta 32 buah kenderaan pelbagai guna (MPV) pada suatu masa.

Caj yang dikenakan kepada pengguna adalah RM2.50 dikenakan pada 1 jam pertama dan bagi jam berikutnya mereka perlu membayar RM1 setiap jam.

Orang Sarawak Mesti Baca....!!


EGYPT: MUBARAK HAD WELATH BEYOND THIER MEANS - ajensi berita

CAIRO (AP) — Egypt's financial oversight body says the former president of Egypt and his family have amassed wealth beyond their means in the form of properties and bank accounts.

The state news agency said Monday the agency found that the 82-year old former president and his two sons and wife own several properties around Egypt, including luxury apartments, and palaces, as well as empty land plots and valuable farm land.
The report said the family also has numerous bank accounts in foreign and local currencies. The elder son, Alaa, is apparently the richest, followed by Gamal, who was groomed by his father to be president.

Mubarak, the father, has the least wealth, according to the office.
Mubarak's sons are in detention pending investigation, while the elder Mubarak has been hospitalized.

TERJEMAHAN:

KUCING (AP) — Badan Kajian Ekonomi Kewangan Sarawak kata Taib Mahmud dan keluarganya telah mengumpul kekayaan melebihi mereka cara dalam bentuk ciri-ciri dan akaun bank.

Agensi berita negeri berkata hari Isnin agensi mendapati yang Taib 74 tahun bersama dua anak lelakinya dan isteri mempunyai beberapa harta sekitar Mesir, termasuk apartmen-apartmen mewah , dan istana-istana, serta tanah-tanah balak, ladang sawit , tanah kosong di bandar , dan tanah ladang yang berharga.

Laporan itu berkata keluarga itu juga mempunyai banyak akaun bank di luar negeri dan mata wang tempatan. Anak lelaki yang lebih tua, Abu Bekir,nampaknya terkaya, diikuti anak perempuanya. Abu Bekir yang dididik oleh Taib untuk mengantikan beliau.

Mubarak , mempunyai kekayaan paling kurang, berbanding dengan harta anak anaknya,
Anak-anak lelaki Mubarak berada dalam penahanan sementara menunggu siasatan, sementara orang tua Mubarak telah dimasukkan ke hospital.