Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 31, 2011

Indahnya Bila Islam Memerintah...!!


Keunikkan Ramadan Terserlah di Kota Bharu - HD

KOTA BHARU, 31 Julai: Di negeri-negeri lain kempen kibar Jalur Gemilang sedang rancak dijalankan, sebaliknya di Kelantan kemeriahan Ramadan pula dirasai sekarang.

Persiapan akhir di Qaryah Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV sedang dijalankan sejak pagi tadi.

Kelainan Ramadan sejak 20 tahun lalu dirasai apabila ada khemah khas tempat solat Tarawih disediakan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) di tengah pusat bandar.

Bermula khemah Tarawih di Dataran MPKB kemudian dipindahkan ke lokasi sekarang yang lebih selesa dan strategik.

Solat Tarawih berimamkan qari dari Mesir sejak beberapa tahun lalu begitu mengasyikkan ribuan jemaah yang hadir.

Tambahan pula tempat solat di Qaryah Ramadan disediakan penghawa dingin. Selain itu di beberapa masjid utama di sekitar Kota Bharu juga disedia penghawa dingin termasuk Masjid Muhammadi, Masjid Telipot, Masjid Lundang dan Masjid Kota Darulnaim.

Bagi pemimpin kerajaan negeri dan PAS, Ramadan lebih sibuk berbanding bulan lain memandangkan program tadarus al Quran diadakan di setiap kawasan parlimen.

Selain itu mereka juga perlu menyampaikan tazkirah di Dewan Zulkifli Mohammad, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan selepas solat Zohor.

Tazkirah dimulakan pada 1 Ramadan dan dijangka dilancarkan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Turut dijadual menyampaikan tazkirah tersebut anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan Timbalan Mufti, Datuk Nik Abdul Kadir Nik Mohamad.

Dua anggota Exco yang bukan lulusan bidang pengajian agama iaitu Abdul Fattah Mahmood (optometrist) dan Che Abdullah Mat Nawi (kewangan) juga dijadual menyampaikan tazkirah selama 20 minit.

Manakala program tadarus al Quran dimulakan pada 2 Ramadan akan diadakan di kawasan parlimen Ketereh bermula solat Asar sehingga waktu iftar.

Program itu akan diketuai Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Program serupa diadakan di kesemua 14 kawasan parlimen di Kelantan.

Kemuncaknya program tadarus al Quran akan diadakan pada 17 Ramadan di Bukit Bunga, Jeli. Sempena program itu ceramah Badr al Kubra juga diadakan.

Di Qaryah Ramadan pula pelbagai program disusun khas seperti tahun-tahun sebelumnya. Antaranya iftar dan sahur jama’i, kelas pengijazahan al Quran, tazkirah selepas dua salam Tarawih, relay bacaan al Quran selepas jam 12 malam.

Selain itu tadarus al Quran setengah jam sebelum berbuka, qiamulai mulai jam 4 pagi, program sepetang di ambang iftar, interaktif bersama imam dari Mesir, kelas al Quran selepas solat Zohor dan Asar, pameran Palestin serta cafe mubarak.

Perasmian Qaryah Ramadan dijangka diadakan pada 4 Ramadan selepas solat Tarawih oleh Menteri Besar.

Himpunan Remaja Ramadan

Himpunan Remaja Ramadan pula diadakan pada petang 5 dan 15 Ramadan. Majlis khatam al Quran 30 juzuk dijadualkan pada 13 Ramadan.

Di Qaryah Ramadan juga akan diadakan ceramah Nuzul al Quran pada 17 Ramadan disampaikan Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud dan pendakwah bebas, Datuk Zawawi Yusof.

Tahun ini juga diadakan program Sehari Celik IT dan program Skor A bagi pelajar-pelajar bakal menduduki peperiksaan, pagi 20 Ramadan.

Pada malam hari sama diadakan ceramah pengkisahan Badar Kubra akan disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Speaker Dun Kelantan dan wakil Palestin.

Kelainan juga dapat dirasakan apabila pelbagai sepanduk meraikan kedatangan Ramadan boleh dilihat di merata tempat di Kelantan sejak seminggu lalu.

Sementara itu bandar Kota Bharu mengalami kesesakan lalu lintas begitu teruk pada Khamis, Sabtu lalu dan hari ini.

Perjalanan yang hanya mengambil masa 15 minit pada hari biasa bertukar kepada lebih sejam.

Ahlan Wasahlan Ramadhan Al- Mubarak...!!


"Setiap kita mempunyai dosa samada dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja. Apatah lagi kita yang hidup pada zaman mutakhir ini, kita sering kalah dengan godaan luaran dan pujukan nafsu dalam diri kita sendiri. Kita sepatutnya berasa malu dengan ALLAH Subhanahu wa Ta’ala disebabkan oleh kelemahan ini.

Walaupun begitu, ALLAH Subhanahu wa Ta’ala sentiasa tahu kelemahan kita. DIA tahu kita selalu lupa. DIA tahu kita sering gagal menghindari dosa. Dan DIA tahu fitrah manusia yang mahu kembali kepadaNYA. Betapa baiknya DIA, betapa lembutnya DIA dengan kita. Kita seharusnya berterima kasih dengan sungguh-sungguh kerana DIA sentiasa bersedia memberi keampunan kepada hamba-hambaNYA yang ingin bertaubat.

Firman ALLAH Subhanahu wa Ta’ala yang lebih kurang maksudnya:

Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah az-Zumar 39:53)

Malah, ALLAH ‘Azza wa Jalla sangat gembira dengan sikap hamba-hambaNYA yang mahu bertaubat dan kembali kepadaNYA. Dalam sebuah hadith, ada Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda yang lebih kurang maksudnya:

“Sungguh ALLAH itu lebih gembira untuk menerima taubat hambaNYA, melebihi dari kegembiraan seseorang di antara kamu sekalian yang menemukan kembali untanya yang telah hilang di tengah-tengah padang gurun.” (HR Bukhari & Muslim)

Nah, lihatlah betapa gembiranya ALLAH Subhanahu wa Ta’ala menerima taubat orang yang bertaubat. Justeru, jangan putus asa dan kecewa. Walau banyak mana pun dosa kita, insyaALLAH DIA akan terima taubat kita. Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

“Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepada-KU dan berharap kepada-KU, akan AKU ampuni apa yang telah kamu lakukan. Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta ampunan kepada-KU akan AKU ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepada-KU tanpa menyekutukan AKU dengan sesuatu apapun, pasti AKU akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.” (HR. Tirmidzi, ia berkata, ”hadits ini hasan shahih.)

SubhanALLAH, bisa menitis air mata kita tatkala mengenangkan betapa Pemurahnya DIA, betapa Pengampunnya DIA, betapa tak kisahnya DIA akan dosa kita yang menggunung, DIA tetap akan terima kita jika kita mahu kembali kepadaNYA, betapa lembutnya DIA terhadap kita, betapa Penyayangnya DIA. ALLAH…ALLAH…ALLAH…

Kenyataan Presiden PAS Sempena Ramadhan Al-Mubarak..!!

Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) saya mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. Bulan kita dijemput menjadi tetamu Allah SWT, menyahut seruan Allah SWT dengan firmanNya yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa. Sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu di kalangan mengikut Nabi-nabi di zaman dahulu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah Ta’ala”.

Di bulan yang mulia ini, kita dihidangkan oleh Allah SWT dengan rezeki makanan rohani dan jasmani, yang menyuburkan kehidupan kita di alam dunia dan menuju ke alam akhirat. Kita dihidangkan bukan sahaja dengan amalan puasa yang diwajibkan. Pahalanya, berlipat kali ganda tidak terhingga hanya diketahui oleh Allah SWT. Diampunkan dosa dalam masa setahun sekiranya kita menunaikan puasa dengan sempurna mengikut syarat rukun dan adap-adapnya.

Dihidangkan dengan ibadah-ibadah wajib yang telah sedia ada seperti sembahyang lima waktu dilipat-gandakan pahalanya. Disamping ibadat-ibadat yang sunat yang biasa dilakukan dan ibadat sunat yang dikhususkan di bulan Ramadan seperti sembahynag terawih, bertadarus al-Quran. Semua ibadah-ibadah ini ialah untuk membersihkan roh dan menguatkan rohani kita.

Kita dihidangkan juga dengan makanan-makanan jasmani seperti bersahur, berbuka puasa. Di mana makanan sahur dan buka puasa adalah makanan yang dikaitkan dengan puasa. Bukan sebarangan seperti makanan-makanan lain. Ianya, mengandungi keberkatan yang tersendiri.

Inilah ibadat yang merupakan hadiah yang sangat berharga daripada Allah SWT yang wajib kita terimanya. Di mana pulangannya, kembali kepada kita. Allah Ta’ala tidak berhajat kepada apa-apa faedah. Itu ialah sumbangan percuma yang mahal harganya daripada Allah SWT.

Kita hendaklah mengambil kesempatan ini dengan sepenuh-penuhnya. Kemuncak daripada ibadat yang kita tunaikan sepanjang sebulan. Sekiranya dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Maka, kita mencapai matlamat dan tujuan yang dinyatakan oleh Allah SWT.

Sifat “taqwa”, kepatuhan kepada Allah SWT sehingga menjadi sifat yang tertanam di dalam hati yang membentuk peribadi kita. Mengerjakan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang merupakan penentuan, martabat, harga diri manusia. Kerana Allah SWT meletakkan harga diri manusia bukan dengan keturunan, warna kulit, harta benda tetapi dengan ukuran ketaqwaan kepada Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud; “Wahai manusia, sesungguh kami telah mencipta kamu kepada seorang lelaki dan seorang perempuan. Berbangsa-bangsa, bersuku kaum supaya kamu berkenalan antara satu sama lain. Dan yang paling baik di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling banyak bertaqwanya kepada Allah SWT”.

Ibadat puasa meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Apabila kita sanggup meninggalkan perkara-perkara yang dilarang walau pun perkara yang dihalalkan di masa yang lain. Sudah tentu melatih diri kita untuk meninggalkan perkara yang dilarang sepanjang hidup kita. Sekiranya kita bersedia meninggalkan makan minum, meninggalkan hubungan antara lelaki dan perempuan atau suami dan isteri. Yang diizinkan oleh Allah SWT dibulan Ramadan, yang menjadi keperluan naluri manusia rukun hidup. Kita sanggup melaksanakan perintah Allah SWT dengan penuh kesabaran, dengan penuh keimanan. Percaya kepada janji Allah SWT. Maka, melatih diri kita menjadi seorang yang sungguh bertaqwa kepada Allah SWT. Ini merupakan suatu natijah yang sangat penting daripada keimanan seseorang itu kepada Allah SWT.

Di sinilah juga, Allah memilih dibulan yang mulia berlakunya peristiwa-peristiwa yang besar yang menguji umat Islam dalam menjalani kehidupan dunia sebelum bertemu dengan Allah SWT. Allah Ta’ala memilih dibulan ini diturunkan al-Quran Karim yang menjadi kitab petunjuk kepada umat Islam. Yang membeza antara perkara yang betul dan perkara yang salah.

“Bulan Ramadan yang diturunkan baginya al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan yang membezakan antara perkara yang betul dan perkara yang salah”.

Oleh kerana berlakunya pertembungan di antara perkara yang benar dengan perkara yang salah. Maka, Allah Ta’ala memilih berlakunya perang Badar di bulan Ramadan. Peperangan yang memaksakan Nabi SAW dan para sahabatnya yang kecil jumlahnya, yang kurang kelengkapannya berdepan dengan musuh-musuh Islam. yang menegakkan kebatilan, kezaliman dan kejahatan.

Walau pun mereka tahu benarnya Islam. Baiknya diri Nabi SAW, tidak ada kesalahan dan dosa yang dilakukan. Melainkan kerana melaksanakan perkara yang baik yang diperintah oleh Allah SWT. Perkara yang jahat, itu pun disanggah dan ditentang habis-habisan. Memaksakan berlakunya pertembungan secara bersenjata di bulan Ramadan. Yang menentang itu di kalangan bangsa Arab, keluarga Nabi SAW.

Peristiwa yang sangat menguji perasaan hati nurani umat Islam yang dipimpin oleh Nabi SAW. Allah Ta’ala pilih peristiwa yang menyayat hati berlaku di bulan Ramadan. Mereka yang sanggup meletakkan Islam perintah Allah mengatasi segala kepentingan yang lain. Sanggup melakukan peristiwa Badar ini.

Maka Allah memberi keistimewaan kepada mereka yang terlibat dalam perang badar dengan firmanNya mengikut riwayat hadis Qudsi yang bermaksud, “Hai, ahli Badar buat apa yang kamu mahu lakukan. Aku ampunkan dosa-dosa kamu”.

Keistimewaan yang diberikan oleh Allah kepada ahli Badar kerana mereka menjadi orang beriman sebenarnya. Yang sanggup sabar menghadapi ujian. Adalah menjadi suatu hikmat yang besar Allah pilih peristiwa ini berlaku di bulan Ramadan.

Marilah kita mengambil kesempatan ini bukan sahaja membentuk peribadi dengan mengerjakan ibadat yang diwajibkan dan disunatkan. Dalam masa yang sama kita membuka minda kita dengan mengkaji, mempelajari dan memahami kisah-kisah yang berlaku di bulan yang mulia ini. Supaya kita meninggalkan bulan yang mulia ini dengan keadaan menjadi orang Islam dan orang yang beriman yang sebenarnya dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Sekian, selamat berpuasa.

Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS..

Lihatlah Sekali Lagi Sejarah Anak Bangsa...!!



NOTA:

sila lihat sekali lagi
sila pandang sekali lagi
sila dengar sekali lagi

suara anak semua bangsa
suara derap langkah anak muda
suara merdu tuntutan adil
suara anak muda

lihat dan lihatlah

sejarah dilakar
oleh anak semua bangsa!

Jul 30, 2011

Najib Kini Sedang Di Serang Dari Dalam....!!


MUHYIDDIN JANJI SEMUA MP BN RM100,000 MENJELANG AIDILFITRI - MI

Kerajaan meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang, langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan, Muhyiddin Yassin telah menjanjikan setiap MP BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN di ibu negara Isnin lalu.

Ia dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir bulan depan.

Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain bahawa kerajaan seharusnya memstikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13.

Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13.

STOP RELAYING ON GOVERNMENT, NAJIB TELLS BN PARTIES : MI

Datuk Seri Najib Razak told his Barisan Nasional (BN) coalition today that it must work to solve problems faced by the public without resorting to government channels.
The prime minister said that under its new political model, the ruling coalition must strive to use political avenues to help the public rather than the current practice of pressuring the various ministries to act.


NOTA:

lihat dua berita ini
dan fahami betul betul

satu melaporkan bahawa Muhyidin akan memberikan 100ribu ringgit
untuk mp barisan agar bersedia untuk pilihanyara

satu lagi berita susulan dari Najib
yang bunyinya macam tidak bersetuju

apa makna nya?

maknanya Muhyidin telah cuba membeli para YB
ini bermakna Mihtyidin telah meluaskan pengaruh
ini bermakna Muhyidin sedang memasng askar
Ini maknanya Najib sedang diserang

Ku Li Akan Mengetuai Pakatan Rakyat..??


Tengku Razaleigh Hamzah kini disebut-sebut sebagai sedang ditarik untuk memimpin gabungan pembangkang, dakwaan yang walaupun luar biasa, mempunyai merit tersendiri.

Melalui Angkatan Amanah Merdeka, veteran Umno yang mesra dengan panggilan Ku Li itu menempatkan diri dalam bahasa baharu politik yang lebih liberal, menyediakan ruang bergerak yang lebih selesa antara konservatif seperti Umno dan gabungan Pakatan Rakyat yang lebih liberal.

Tokoh yang dulu mengetuai parti Semangat 46 yang mendakwa lebih tegas memperjuangkan Melayu berbanding Umno, kini menerajui pula sebuah pertubuhan yang boleh disifatkan sebagai membawa "semangat merdeka" yang lebih inklusif.

Penubuhan Amanah dan bahasa yang dibawa memperlihatkan strategi politik yang cerdik oleh Ku Li, ketika apa yang disifatkan sebagai "politik baharu" menjadi sebutan popular, walaupun beliau dan beberapa individu yang menyertai Amanah merupakan orang lama dalam politik.

Nama-nama yang menyertai badan bukan kerajaan Amanah - yang merentasi garis etnik dan kecenderungan politik - memberi gambaran sifat dan hala tuju pertubuhan itu.

Masa Amanah dimunculkan, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 tidak dapat mengelakkanya daripada dibaca sebagai satu usaha politik, sama ada secara kolektif mahupun peribadi bagi Ku Li.

Amanah kini menjadi kenderaan terbaharu Ku Li untuk menegaskan kedudukannya dan kepentingannya dalam politik nasional.

Kemunculan tokoh yang dilihat sebagai bercita-cita tinggi ini secara berprofil tinggi juga dikaitkan dengan masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin berdepan cabaran getir, sehingga kehadirannya melalui dan melepasi Pilihan Raya Umum ke-13 semakin diragui.

Anwar yang semakin teruk berdepan pelbagai isu yang menjejaskan kredibiliti menjadikan Ku Li alternatif yang berpotensi untuk dipersetujui ramai dalam PR.

Ku Li sebelum ini pernah terlibat dalam rundingan untuk menguasai kepimpinan Pakatan Rakyat dalam usaha membentuk kerajaan pusat pada penghujung 2008. Usaha menarik beliau kali ini merupakan yang kedua dilakukan oleh sekumpulan dalam pakatan pembangkang.

Razaleigh ialah tokoh politik veteran yang disenangi sebahagian besar pembangkang, terutama PAS yang menerajui kerajaan Kelantan dan mendapat kerjasama belau dalam usaha menuntut royalti hasil petroleum.

Ahli Parlimen Gua Musang itu sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan PAS dan PR sehingga peranannya semasa pilihan raya kecil Galas tahun lalu berjaya dilalui tanpa mencetuskan banyak pertembungan dengan PAS.

Kedudukan Ku Li sebagai ahli politik veteran dan pendiriannya selama ini yang mengimbangi kedua-dua Umno dan pembangkang menjadikannya tokoh yang dilihat mampu mengetuai satu gabungan pembangkang.

Pada masa sama Datuk Zaid Ibrahim yang mengetuai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, Kita, juga menduduki posisi untuk memimpin satu gerakan liberal dalam pembangkang.

Tetapi Zaid terjejas ekoran pertembungannya dengan PKR dan pemimpin utamanya, Anwar, yang mampu menyukarkan kerjasama dengan parti berpusatkan bekas perdana menteri itu.

Zaid walau bagaimanapun mempunyai hubungan baik dengan Razaleigh dan turut hadir dalam majlis pelancaran Amanah, dan mempunyai ideologi yang hampir dengan pegangan Amanah.

Razaleigh walau bagaimanapun dijangka tidak akan diterima dengan mudah oleh pembangkang bukan Melayu dalam PR, sekiranya mengambil peranan kepimpinan gabungan pembangkang dan dikemukakan sebagai calon perdana menteri.

Potensi tindakan Ku Li menerima tawaran berisiko tetapi berpotensi itu mampu memberi impak besar kepada Umno yang sedang berdepan tekanan sejak Pilihan Raya Umum ke-12.

Sebarang kemungkinan walau bagaimanapun masih awal untuk dijangka. Untuk kepentingannya, Ku Li juga perlu berfikir panjang supaya tindakannya nanti berdasarkan perkiraan yang jelas dan pasti.

Kenapa Najib Takut Sangat Dengan Celup Jari...??


Datuk Seri Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat. Dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut biometrik. Ini satu tuduhan yang liar dan cuba mengalih isu yang sebenar, kerana penipuan perjalanan pilihanraya semakin terserlah.

Beberapa keraguan penggunaan biometrik,

1. Penggunaan biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak mengesahkan kad itu palsu atau tidak. Ini bukan isu dan tuntutan Bersih.

2. Apakah data di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR telah dibersihkan. Berapa ribu orang yang sudah mati masih ada di dalam daftar pemilih. Apabila ditanya kepada SPR, mereka menjawab kerana waris tidak beri surat mati menyebabkan nama di dalam daftar masih ada. Jika zaman kecanggihan IT, SPR gagal untuk on line dengan Jabatan Pendaftaran Negara apa yang hendak diharapkan senarai pemilih yang bersih.

3. Apa jaminan sistem biometrik yang boleh di on line serentak dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada hari pilihanraya. Adakah kemampuan, pengkalan data dapat berfungsi dengan baik. Cuba bayangkan sekarang guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang sibuk untuk isi markah secara on line mengalami masalah kerana kelembapan serve Kementerian Pelajaran. Bilangan guru lebih 500 ribu sahaja. Cuba bayangkan bagaimana fungsi biometrik untuk hendak menampung keperluan pada hari pilihanraya yang hampir 10 juta pengundi.

4. Ada setengah jari tidak boleh dikesan melalui alat tersebut. Apakah ini bukan satu penginayaan kepada rakyat yang berhak untuk mengundi. Mereka akan dinafikan hak mereka kerana alat tersebut tidak boleh diakses di jari mereka.

5.Apakah mampu biometrik digunakan di kawasan pendalaman terutama Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kelengkapan letrik.

Sebenarnya kenapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib takut hendak menggunakan celup dakwat. Hanya orang salah sahaja yang takut mengguna celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan. Perlu diingatka kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan SPR zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu.

Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Kejar Najib Biar Sampai Ke Lubang Cacing....!!


IKUT KE MANA SAJA NAJIB PERGI : A.SAMAD SAID – Keadilan daily

Sasterawan Negara, A Samad Said menyarankan kepada kumpulan anak muda supaya ‘mengekori’ Najib Razak, selagi tuntutan mengadakan pilihan raya bebas dan adil tidak diselesaikan.

“Jika suasana demokrasi negara tetap juga tidak berubah, saya sendiri menyarankan agar di mana sahaja Najib pergi, mesti ada sekumpulan anak muda yang berusaha hampiri dan sampaikan memo kepadanya,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad.

Pak Samad membangkitkan perkara itu ketika diminta mengulas kejadian kelmarin yang menyaksikan 10 pemuda ditahan di KL Sentral ketika hendak menyampaikan memorandum kepada Najib.

“Saya mengikuti peristiwa ini dari masa ke semasa sehingga semua anak muda ini dibebaskan malam tadi (semalam),” jelasnya dalam wawancara khas dengan Harakahdaily.

Polis Pun Ada Buat Salah Juga....!!


POLIS DIBERI MASA 24 JAM MOHON MAAF KEPADA MOHAMAD SABU – HD

Peguam kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamed Hanipa Maidin hari ini menyerahkan notis tuntutan kepada polis bagi meminta maaf kepada anak guamnya dalam tempoh 24 jam.

Notis itu telah dihantar dengan tangan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman jam 4 petang tadi dan menuntut Ketua Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid memohon maaf kepada Mohamad Sabu kerana memfitnah timbalan presiden PAS itu.

"Kami menuntut ia dibuat dalam masa 24 jam melalui semua media termasuk tv dan akhbar.

"Saya telah diarahkan oleh anak guam saya untuk memfailkan saman fitnah terhadap Datuk .... Jika tidak dibuat dalam masa 24 jam," kata Hanipa kepada Harakahdaily.

Mohamad sebelum ini mendakwa Salleh berbohong berhubung kecederaan yang dialaminya dalam insiden 9 Julai lalu.

NOTA:

lihat dan baca berita ini
berita ini menggambar kan bahawa
telah berlaku satu perubahan yang maha besar

kalau sebelum 9 julai yang selalu da[at amaran ialah rakyat
yang selalu beri amaran ialah polis

kali ini kerana kuasa rakyat
maka kita lihat kali ini
polis telah di beri amaran

selama kini polis berlagak sewenang wenang
kali ini dengan teknoloji baru..dengan internet
semua kejahatan polis telah di rakam

ini membuatkan warga dan anak muda jadi berani
sikap berani inilah yang akan merubah dunia

Hati-Hati Jangan Sampai Tertipu...!!


ROSMAH MAHU GOLONGAN MUDA KUASAI KEMAHIRAN – BH

Rosmah Mansor menyeru golongan belia supaya menguasai kemahiran berpotensi bagi membolehkan mereka mempunyai daya kelangsungan untuk menghadapi arus pembangunan yang semakin mencabar.

Sehubungan itu, beliau meminta golongan belia menggunakan usia muda untuk menimba ilmu dan kepakaran kerana mereka mempunyai kuasa untuk mencipta serta melakukan transformasi negara ke tahap paling tinggi pada masa hadapan.

Beliau berkata, selain itu golongan terbabit perlu mengikis sikap membuat kerja sambil lewa bagi memastikan dapat mencapai kejayaan dalam bidang diceburi serta dipandang tinggi masyarakat.

Nota :

sila baca kesah dibawah ini yang dihantar oleh pembaca:

" Salam nak share story skit. Kononya ada offer untuk parent yg nak hantar anak kat program permata-gifted kids untuk develop dalam area music and art. Kak mah kita kumpulkan la budak-budak yang kononya gifted tu.

Member I pun gi join sekali. Sampai kat tempat tu, budak-budak tu kononya dipeluk oleh Rosmah dsbnya. Lebihkurang...pastu dia tanya sapa yang parent dia income 3-4 ribu sebulan ke atas je boleh hantar anak untuk program tu.

Hampeh...member ingat anak dia super bijak kerajaan boleh tanggung. Rupanya kak mah kita lagi bijak. Dia buat program, parent tanggung belanja. Dia dapat nama. Ciss..petang tu, member ni balik tangan kosong je lah."