Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Feb 16, 2010

Satu lagi Projek Airmata Rakyat Oleh Kerajaan Namrud..

Dalam keadaan ekonomi dunia pada hari ini yang tidak menentu ramai di antara pengeluar kereta dunia telah mengambil keputusan untuk tidak turut serta dalam siri perlumbaan kereta Formula 1 pada tahun 2010 kerana mengalami masalah dari segi kewangan dan penajaan.

Namun, negara Malaysia di bawah kepimpinan UMNO/BN tetap dengan keputusannya untuk terus menyertai dan telah melancarkan jentera F1 yang baru iaitu Lotus walaupun pihak PETRONAS telah pun menaja pasukan Mercedes dalam siri perlumbaan yang sama. Ini adalah untuk menunjukkan kepada dunia bahawa walaupun sebagai sebuah negara yang sedang membangun tapi mampu untuk menyaingi negara maju dalam siri perlumbaan F1. Umum semua tahu Malaysia sekarang di lihat hampir muflis kesan daripada penghijrahan keluar pelabur yang sudah tidak yakin lagi dengan UMNO/BN mentadbir negara ini khususnya dari segi ekonomi, politik, rasuah, jenayah dan juga pembaziran dan banyak lagi.

Dalam masa yang sama rakyat di seru supaya berhemah dan berjumat cermat dalam berbelanja. Kerajaan juga di lihat telah berpihak kepada kaum pemodal khususnya terhadap barang-barang keperluan seperti gula dan sebagainya yang sewenag-wenag menaikkan harga barang sedangkan kerajaan UMNO/BN yang di pilih rakyat langsung tidak mampu berbuat apa-apa untuk membendung fenomena ini berlaku..

------------------------------------------

Kah..Kah..F1 DI DAHULUKAN..RAKYAT DILUPAKAN..

Kah..Kah..GUNA DUIT SUBSIDI GULA UNTUK TAJA F1 KE..??

Kah..Kah..MADEY KATA..KALAU TAK TAJA F1 NANTI NEGARA LAMBAT MAJU..

Kah..Kah..GULA TAK MAKAN PUN TAK APA..TAPI F1 MESTI KENA TAJA..KALAU TIDAK MALU KITE..!!

Kah..Kah..KALAU TAK MASUK F1..MADEY MESTI MARAH PUNYE..!!

Kah..Kah..AIMAN TAK KISAH..SEBAB AIMAN MEMANG BENCI MADEY..

No comments:

Post a Comment