Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 3, 2010

UMNO Yang Gila Talak....

Meskipun tarikh penamaan calon sudah diumumkan tetapi usaha Umno untuk mendapatkan balik kerusi Parlimen Hulu Selangor kelihatan berterusan dengan kain rentang digantung mendesak wakil parti itu diturunkan kali ini.

Kain rentang yang berbunyi “Demi perpaduan kami mahu Tan Sri Dato' Hj Muhammad Bin Hj Muhd Taib sebagai calon MP Hulu Selangor” dipasang di persimpangan tiga jalan Batang Kali-Ulu Yam-Kuala Lumpur-Kuala Kubu Bharu.

Satu lagi kain rentang, tetapi kecil saiznya, didapati digantung di kawasan Ulu Yam.Ia antara lain berbunyi “1Malaysia, 1 Parlimen MIC + 2 DUN Umno + 1 DUN MCA” yang merujuk kepada kombinasi dan pengagihan kerusi dalam bahagian Parlimen Hulu Selangor yang bakal menyaksikan pilihan raya kecil, yang pertama selepas 8 Mac 2008.

BN dijangka menurunkan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel yang telah tewas kepada Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dua tahun lalu.Palanivel yang turut ditemui di Kampung Sentosa semalam berkata, beliau berharap “tiada gangguan” dengan permintaan seperti itu memandangkan Hulu Selangor terdiri daripada pemilih campuran pelbagai kaum.
----------------------------------------------------
Woitt......KATA NAK BERKONGSI KUASA....!!!

Kah...Kah...MASA UMUM 1 MALAYSIA..UMNO LAH YANG PALING KUAT TEPUK TANGAN...!!!

Kah..Kah...DULU BAGI ...SEKARANG TERHEGEH-HEGEH NAK MINTAK BALIK...!!!

Kah..Kah...UMNO MEMANG JENIS MUKA TAK TAHU MALU...!!!

Kah..Kah...AIMAN TAK KISAH...BUAT APA-APA PUN BIARLAH IKHLAS....!!!

No comments:

Post a Comment