Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 13, 2010

Berita Yang Paling Menyayat Hati...!!!

Umno nobatkan Zam tokoh Melayu terbilang -Malaysiakini

Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang sempena ulang tahun ke-64 Umno, menyifatkan anugerah itu sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau selama 40 tahun dalam dunia kewartawanan dan dunia politik yang singkat.

Beliau berkata kepimpinan Umno telah menjadikan hidupnya lebih berharga kerana memberi sesuatu yang tidak pernah dicita-citakan sebelum ini.

Zainuddin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima anugerah itu daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak pada majlis sambutan ulang tahun ke-64 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur malam semalam.

"Saya sekali lagi dilimpahi rahmat Allah untuk mendapat apa yang tidak merupakan cita-cita saya dalam hidup saya daripada awal saya jadi wartawan. Kemudian saya tidak ingat nak menjadi ketua pengarang... saya menjadi ketua pengarang.

"Kemudian jadi senator. Setakat itulah saya ingat. Kemudian Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) melantik saya menjadi Setiausaha Parlimen. Setiap tahun saya naik pangkat. Kemudian jadi timbalan menteri dan seterusnya Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) melantik saya menjadi menteri penuh. Semua ini adalah di luar buku kehidupan saya," katanya penuh kesyukuran.

Zainuddin, 71, berkata anugerah itu juga adalah pengiktirafan kepada Utusan Melayu yang dianggap sebagai universiti beliau.- Bernama
-----------------------------------------------------
Kah...Kah.....PILIH PUNYA PILIH...SI PENGAMPU JUGAK JADI PILIHAN....

Kah...Kah.....INI BUKAN MELAYU TULEN.....INI MAMAK...!!!

Kah..Kah....CAKAP ORANG PUTIH MACAM TONGKANG PECAH...!!!

Kah...Kah....IBRAHIM ALI MESTI BUAT BANTAHAN....!!!

Kah...Kah.....MIKE TYSON DAH TENTU TAK PUAS HATI....!!!

Kah...Kah.....MADEY JUGA TURUT TERKILAN & MEMENDAM RASA....!!!

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH.....RAMAI LAGI AHLI UMNO YANG LEBIH HEBAT DARI SI MAMAK PEMGAMPU NI....!!!

No comments:

Post a Comment