Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 13, 2010

Perjudian Bolasepak Kini "HALAL" Di Malaysia....

'BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan. Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
----------------------------------------------------
Kah...Kah......MARILAH MARI..MARI BERJUDI..TUNAIKANLAH KEWAJIPAN PADA NEGARA...!!!

Kah...Kah.....JANGAN TAKUT...JUDI INI DI SAHKAN HALAL OLEH JAKIM...!!!

Kah...Kah.....MUFTI KAT MALAYSIA SEKARANG DAH BISU..BILA DIAM MAKNANYA SETUJU LAH TU...!!!

Woittt.......KALAU NAK BERJUDI..SIMPAN DUIT MULAI SEKARANG...!!!

Kah...Kah....JKKK DAH TENTU SERONOK...SEBAB DAPAT BANTU KERAJAAN MERANGSANGKAN EKONOMI..!!!

Kah...Kah....TERBUKA KEPADA SELURUH WARGANEGARA 1 MALAYSIA..TERMASUK TOK IMAM DAN TOK BILAL...!!

Kah..Kah.....AIMAN TAK KISAH...KESIAT KAT PENYOKONG UMNO/BN..TAK PASAL-PASAL BERDOSA SAMA....

No comments:

Post a Comment