Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 17, 2010

Berita Sedih Dari Brunei...!!!


Sultan Brunei ceraikan bekas wartawan TV3 talak satu-MInsider

June 16, 2010BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jun – Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah telah menceraikan isteri kedua Azrinaz Mazhar, bekas wartawan TV3 dengan talak satu berkuat kuasa petang ini.

Pengumuman rasmi dibuat oleh Istana Brunei 8 malam tadi. Ia diumumkan oleh Pengerusi Majlis Adat Istiadat Pengiran Alaudin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar pukul 8 malam tadi.

“Baginda atas sebab yang khas yang diperuntukkan oleh hukum syarak menjatuhkan talak satu ke atas Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar pada petang 16 Jun 2010 (hari ini),” kata beliau dalam kenyataan yang diperoleh dari laman http://www.rtbnews.rtb.gov.bn/?c=newsDetail&news_id=10094 malam ini.

Sultan Brunei berkahwin dengan Azrinaz (gambar), 30, pada tahun 2005.Dengan cerai talak satu ini pengumuman itu menyebut bahawa semua gelaran diraja ditarik balik.

Nota :

Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya datang dari Allah S.W.T....
Setiap apa yang berlaku tentu ada rahmat yang tersirat di sebaliknya
...

No comments:

Post a Comment