Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 21, 2010

Bukti PRU 13 Dah Dekat....


Parlimen Tidak Perlu Putuskan Kedudukan Tian Chua-MStar

Parlimen tidak perlu memutuskan sama ada Tian Chua hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen berikutan denda RM2,000 yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam.

Beliau sebaliknya berkata semua pihak perlu berpegang kepada keputusan Hakim Datuk Ghazali Cha bahawa keputusannya mengurangkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 kepada denda RM2,000 adalah bagi mengelak berlakunya pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu yang diwakili Tian Chua.

"Dalam soal Tian Chua, yang berhak untuk mengintepretasi undang-undang ialah hakim. Jadi kepada saya tidak perlu Parlimen memutuskan.

"Hakim telah memutuskan bahawa dia mendenda Tian Chua RM2,000 kerana dia tidak mahu Tian Chua hilang kelayakan. Kita kena ikut dia (hakim) punya intepretasilah," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Umno Bahagian Padang Rengas di sini hari ini.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu mengulas laporan akhbar The Star hari ini bahawa Parlimen perlu membuat keputusan berhubung status Tian Chua dan keputusan Parlimen itu kelak adalah muktamad.
-------------------------------------------------------------
Kah...Kah....INI PERISTIWA ANEH..TAK PERNAH BERLAKU MACAM NI....???

Kah...Kah....PENDUDUK PARLIMEN BATU TAK SABAR NAK KAN PILIHANRAYA KECIL...!!!

Kah...Kah....PENDUDUK PARLIMEN BATU PUN NAK RASA JUGAK PROJEK MEE SEGERA...!!!

Kah..Kah.....JANGAN BIMBANG..PARLIMEN BATU TAK ADA JAMBATAN...!!

Kah..Kah....TAK KAN BN TAK TERLIUR DENGAN PARLIMEN BATU...???

Kah..Kah....INI MESTI SAMADA TAK ADA DUIT ATAUPUN PRU 13 DAH DEKAT...!!!

Kah..Kah....ENTAH-ENTAH UMNO/BN DAH COUNTING NGAN MAHKAMAH SUPAYA TIAN CHUA LEPAS...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....MUNGKIN TRAUMA DI SIBU MASIH MENGHANTUI BN KOT...!!!

No comments:

Post a Comment