Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 15, 2010

Istana Negara Yang Baru Mungkin Tak Selamat..???

Bina Stadium..Stadium Runtuh..

Kontaktor Yang Sama Jugak Dapat Kontrak Buat Istana..Ini Mesti ada Apa-Apa Ni...!!!


Kontraktor Stadium Gong Badak bina istana baru -MKini

Keselamatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bakal dalam keadaan berbahaya, kata ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana seorang daripada kontraktor yang dipertanggung-jawabkan membina laluan ke istana baru itu adalah kontraktor yang sama membina Stadium Gong Badak di Kuala Terengganu yang runtuh tahun lalu.

Pada kejadian itu, struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bernilai RM300 juta itu runtuh, kurang setahun selepas siap pada 2008 dan digunakan sempena Sukan Malaysia Ke-12 (Sukma) yang Terengganu menjadi tuan rumah. Ia kini tersadai tanpa sebarang usaha pemulihan.

Syarikat yang dipertanggung-jawab membina laluan dari Jalan Duta ke istana baru itu pada kos RM130 juta adalah kontraktor yang sama membina stadium berkenaan.

Sehubungan itu, Ngar hari ini di lobi parlimen mendesak Kementerian Kerja Raya memberi penjelasan mengapa kontraktor yang mempunyai reputasi buruk dibenar terbabit membina Istana Negara yang bakal menempatkan kediaman Yang Dipertuan Agong.

Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa kos pembinaan istana baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun.

Semasa sesi soal-jawab semalam, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini kosnya meningkat kepada RM811 juta.

Kontrak pembinaan istana itu diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka, kata Yong.

Katanya, kontrak tersebut diberikan melalui cara tersebut kerana Istana Negara adalah "unik" dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan.
-------------------------------------------------------------
Woittt.....TOLONG BAGI TAU SIAPA NAMA KONTRAKTOR STADIUM YANG RUNTUH TU....???

Kah...Kah...YA..ALLAH..SELAMATKAN LAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU...!!!

Kah...Kah...PILIH PUNYA PILIH...KONTRAKTOR ITU JUGAK YANG DAPAT...!!!

Kah...Kah...SPRM TUNGGU APA LAGI...??? PEGI LAH SIASAT..BODOH..!!!

Kah..Kah...DULU 400 JUTA..LA NI DAH NAIK 800 JUTA PULAK..BANYAK DUIT NAMPAK..!!!

Kah...Kah..NAMPAK MACAM DAH DEKAT MOOD PILIHANRAYA NI...!!!

Kah...Kah..UMNO/BN MEMANG BANYAK NAK PAKAI DUIT PILIHANRAYA KALI NI...!!!

Kah...Kah..MELEPAS DUIT HASIL JUDI ...TIBAI DUIT UNTUK BINA ISTANA PULAK...!!!

Kah..Kah...AIMAN TAK KISAH..BILA KONTRAK RUNDING TERUS..MACAM-MACAM BOLEH BINCANG..NAK ITU..NAK INI...!!!!

No comments:

Post a Comment