Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 24, 2010

Kenapa Kita Perlu Keputusan Yang Muktamad....!!!

Yang Ini dah Pun Muktamad...

Kes Dr Mohd Asri disebut semula 29 Julai -MKini

Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini menetapkan 29 Julai ini untuk menyebut semula kes bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang didakwa mengajar agama Islam tanpa tauliah.

Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaii menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan oleh peguam syarie yang mewakili Mohd Asri, Jamal Mohd Lokman Sulaiman, bahawa pihaknya tidak mengetahui bahawa kes mereka akan dipanggil hari ini.

"Anak guam saya tidak hadir kerana kami tidak tahu ada kes hari ini, ini pun kebetulan saya berada di sini untuk kes lain. Kami tidak dapat makluman (tentang kes hari ini) sama ada dari pihak pendakwaan atau pihak mahkamah. Pohon kes ditangguh ke tarikh lain," katanya.

Mohammad Khalid kemudian menetapkan tarikh sebutan yang baru dan menasihatkan pihak pembelaan supaya menyemak sama ada perlu mengeluarkan wakalah pelantikan peguam yang baru atau sebaliknya bagi mengelak timbulnya masalah teknikal apabila perbicaraan bermula kelak.

"Kes ini dah lama, tahun lalu, tapi sampai sekarang tidak mula lagi bicara," katanya.

Pada 18 November tahun lalu, Mohd Asri, 38, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah kediaman di Lorong 2C, Taman Sri Ukay, Ampang, antara 8.10 malam dan 9.45 malam 1 Nov tahun lalu.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.- Bernama
-------------------------------------------------------------------
Woitttt......CAKAP LAH USTAZ...JADI KE TAK JADI MASUK UMNO....???

Kah...Kah....KENAPA SUSAH SANGAT NAK MUKTAMAD NI....!!!

Kah...Kah....JANGAN KASI UMNO MALU....!!!

Kah...Kah....UMNO DAH CANANG SELURUH DUNIA BAHAWA RAMAI ULAMAK NAK MASUK PARTI MEREKA...!!!

Kah...Kah...KALAU DAH MUKTAMAD KAN SENANG...TAK PAYAH ULANG ALIK NAIK MAHKAMAH...!!!

Kah...Kah...CEPATLAH BUAT KEPUTUSAN...TAKLAH UMNO TERNANTI-NANTI...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...KALAU MANUSIA YANG ADA PRINSIP..TAK PAYAH TUNGGU LAMA UNTUK DI MUKTAMADKAN....

No comments:

Post a Comment