Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jun 24, 2010

Tolong Jangan Bercakap...!!!


SPRM: 'Warga S'wak' enggan beri bercakapan MKini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan tiga pengadu - yang dirujuk sebagai "warga Sarawak prihatin" - menarik balik laporan mereka terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud kerana enggan memberikan percakapan.

Suruhanjaya itu berkata walaupun aduan rasmi telah dibuat di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, pihak terbabit enggan menjalani sesi itu dengan alasan SPRM tidak dapat memberikan kepada mereka salinan aduan yang telah dibuat.

Sehubungan itu, kenyataan bahagian komunikasi korporat SPRM petang ini menyebut, kumpulan tersebut memohon untuk menarik balik aduan yang telah dibuat.

"SPRM ingin menjelaskan bahawa sesuatu salinan aduan tidak boleh didedahkan atau diberikan kepada mana-mana pihak sebagaimana yang dijelaskan di bawah peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 29(4) Akta SPRM 2009...," kata kenyataan itu.

Pagi tadi, tiga pengadu menarik balik laporan mereka kepada berhubung dakwaan "rasuah" ketua menterinya Tan Sri Taib Mahmud selepas SPRM didakwa enggan memberikan salinan aduan kepada mereka.

Ahmad Nazib Johari, James Wong Joon Min dan Ting Chek Ming mendakwa selepas hampir tiga jam membuat laporan di di Shah Alam, mereka terpaksa pulang hampa selepas permohonan mereka bagi mendapatkan salinan laporan itu ditolak.

SPRM menggesa semua pihak memberikan kerjasama sepenuhnya dengan mengikuti proses yang ditapkan kerana ia "merupakan prosedur biasa yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan perlu dipatuhi".

"Keengganan memberikan kerjasama akan mengganggu serta boleh menjejaskan proses siasatan ke atas sesuatu kes tersebut," kata kenyataan itu lagi.
---------------------------------------------------------------
Kah...Kah.....BUKAN TAK NAK BERCAKAP..TAPI DI LARANG BERCAKAP...!!!

Kah...Kah....MINTAKLAH APA SAJA ASAL JANGAN BERCAKAP...!!!

Kah...Kah....BUDAYA BERCAKAP BANYAK MEMANG TAK ELOK....!!!

Kah...Kah....PEPATAH ADA MENGATAKAN...SEBAB MULUT BADAN BINASA....!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH....BERCAKAP BENAR KEPADA PEMERINTAH YANG ZALIM JUGA DI KIRA JIHAD....!!!

No comments:

Post a Comment