Kerajaan tetap meneruskan pelaksanaan lesen runcit bagi barangan kawalan berkuatkuasa 1 Julai ini dengan melonggarkan syarat pelaksanaan lesen barangan itu, kata Ismail Sabri Yaakob.

"Tiada niat untuk menyusahkan atau membebankan mana-mana pihak, sebab kitatelah menghapuskan kerenah birokrasi termasuk memansuhkan syarat penyediaan rekod pembelian dan penjualan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen dan ekspo jualan langsung anjuran kementerian di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata, KPDNKK mempertimbangkan segala permintaan dan rungutan beberapa pihak bagi memudahkan kerajaan memantau barangan kawalan selainmengawal ketirisan ke atas barangan seperti gula, tepung gandum dan minyak masak.
Lesen barangan kawalan, kerajaan tak kompromi-MKini
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementeriannya tidak akan berkompromi lagi dengan tuntutan Persekutuan Persatuan Peniaga Barang Runcit Malaysia.
Beliau mengulas ugutan daripada peruncit di seluruh negara bahawa mereka akan menghentikan jualan gula, minyak masak dan tepung gandum selepas 15 Jun jika pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mewajibkan mereka memiliki lesen runcit barang-barang kawalan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
"Kita sudah berjumpa dengan mereka dan juga memenuhi sesetengah tuntutan awal mereka,” katanya.
Sebagi contoh, menurut Ismail Sabri bayaran RM10 untuk lesen yang dicadangkan pada awalnya telah ditarik balik dan lesen itu sekarang akan diberikan percuma.
"Untuk memudahkan proses itu, kami akan menghantar pegawai ke kedai mereka untuk mengeluarkan lesen dan ia boleh dilakukan ketika itu juga,” katanya.
---------------------------------------------------------------
Woittt....MENTERI APA NI..??? KEJAP CAKAP TAK KOMPROMI...KEJAP LONGGARKAN SYARAT...!!!
Kah...Kah...PATUTLAH ADA URA-URA MAT MONGGOL NAK REHATKAN KAU...!!!
Kah...Kah...CAKAP BEDEGAR-DEGAR...TAPI TAK ADA TELUR...!!!
Kah..Kah....CAKAPLAH TAKUT PADA CUKONG...SEKALI CUKONG MASUK....SEMUA JADI LEMBUT...!!!
Kah...Kah..INI LAH POWERNYA CUKONG....!!!
Kah...Kah..MANA HILANGNYA BERAHIM ALI...BANTULAH MAMAT NI...!!!
Kah..Kah...MAMAT NI TAK ADA KERIS NAK LAWAN CUKONG...!!!
Kah..Kah...BAGILAH AMARAN 48 JAM PADA CUKONG....!!!
Kah...Kah...KENAPA DIAM...ITU HARI CAKAP MACAM ANTI CUKONG...!!!
Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...CUKONG TAK PAYAH SUSAH...DARI PM SAMPAI JKKK SEMUANYA MELAYU..TAPI MELAYU TETAP MEREMPAT...CUKONG JUGAK YANG KAYA RAYA..!!!
No comments:
Post a Comment