Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Jul 25, 2010

Negeri Berkat..Rezeki Pun Melimpah....!!!!

Perjalanan masuk ke dalam kawasan Hutan Sokor dekat sini agak memeritkan, terpaksa mendaki dan menuruni bukti, melintasi dua batang anak sungai tetapi sebelum ini tiada siapa yang tahu di dalamnya terdapat sebuah kilang memproses jongkong emas.

Bagi rakyat Kelantan khususnya golongan yang berusia, kebanyakan mengetahui bahawa perut bumi belantara tersebut tersimpan sumber alam yang tinggi nilainya bahkan ia dikatakan antara gred yang terbaik di negara ini.

Usaha untuk mengeluarkan emas terutama jenis aluvial di kawasan Hutan Sokor dikatakan bermula sejak 400 tahun lalu, malah ia turut melibatkan pedagang-pedagang dari China.

Dan hari ini, kerjasama di antara Kelantan dan China untuk melombong emas kembali bertaut malah usaha tersebut meningkat setapak lagi dengan turut terbinanya sebuah kilang memproses jongkong emas di tengah-tengah hutan itu.

Pun begitu, usaha tersebut bukanlah senang kerana, selepas enam tahun bertapak di kawasan tersebut, CNMC Goldmine Limited dengan kerjasama kerajaan negeri dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), maka jongkong emas pertama bernilai RM400,000 seberat 2.975 kilogram barulah dapat dihasilkan.

(Gambar Atas - Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat melihat jongkong emas pertama yang dihasilkan ketika melawat kilang memproses emas di Hutan Sokor, Tanah Merah, kelmarin)

CNMC merupakan sebuah syarikat perlombongan emas yang berpangkalan di China dan turut mempunyai perniagaan di Singapura serta Hong Kong.

Malah, sebaik sahaja jongkong itu siap dan dipamerkan kepada orang ramai untuk seketika, ia terus dijual kepada peniaga emas mentah yang berdaftar dengan kerajaan.

Majlis bersejarah itu disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Mohd. Sabri Abdullah dan Pengerusi Eksekutif CNMC, Profesor Lin Xiang Xiong.

Xiang Xiong berkata, pihaknya telah memulakan operasi untuk mencari dan melombong emas di kawasan seluas 975 hektar itu sejak enam tahun lalu.

"Negeri ini telah mengeluarkan emas sejak berpuluh tahun lalu tetapi ini kali pertama emas tersebut diproses dalam bentuk jongkong untuk dipasarkan.

"Kawasan ini telah dipajak daripada kerajaan negeri dan kita perlu membayar royalti sebanyak lima peratus kepada kerajaan negeri dan tiga peratus kepada PKINK untuk setiap pengeluaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian lombong dan kilang memproses emas CNMC di Sokor dekat sini semalam.

Majlis perasmian kilang itu disempurnakan sendiri oleh Nik Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Xiang Xiong berkata, syarikat tersebut menyasarkan pengeluaran 300 sehingga 500 kilogram emas setahun dari lombong di kawasan terbabit berdasarkan potensinya.

Katanya lagi, pihaknya telah membuat kajian di kawasan berkenaan selama tiga tahun dan membuat pelaburan yang agak besar sebelum mengeluarkan hasil seperti mana yang ada pada hari ini.

"Sebelum ini rata-rata pelombong atau orang persendirian hanya mencari emas jenis aluvial atau daripada pasir tetapi hari ini kita menggunakan teknologi yang berbeza kerana percaya di perut bumi Sokor mempunyai simpanan hasil bumi ini yang banyak.

"Kita berharap akan menemui lebih banyak emas selepas ini dan ia akan digunakan sebaik mungkin untuk membantu rakyat negeri ini," katanya.

Sementara itu, Mohd. Sabri berkata, pihaknya telah dilantik oleh kerajaan negeri untuk menguruskan kawasan tersebut bersama CNMC.

"Kita yakin dengan usaha yang dijalankan syarikat ini untuk mengeluarkan dan memproses hasil bumi ini untuk dimanfaatkan oleh semua rakyat.

"Bagi memastikan pengeluarannya berjalan lancar, kita akan menempatkan pegawai di kilang ini untuk memantau setiap keluaran dan jumlahnya," katanya
----------------------------------------------------------------
Kah...Kah....BIAR HIDUP MISKIN..ASALKAN IANYA BERKAT....!!!

Kah...Kah....BILA DAH BERKAT...REZEKI PUN JADI MELIMPAH RUAH....!!!

Kah...Kah....AIMAN TAK KISAH...BAIK HIDUP MISKIN TAPI BERKAT...DARIPADA HIDUP KAYA TAPI DI LAKNAT...!!!

No comments:

Post a Comment