Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 2, 2010

Raja Yang Adil Di Sembah...Yang Zalim Di sanggah...


Ku Li setuju ketuai kokus bincang royalti minyak, semangat federalisme-MInsider

Tengku Razaleigh Hamzah akan mempengerusikan kokus — idea yang dibentangkan Pakatan Rakyat akhir tahun lalu — tetapi dengan skop perbincangan lebih luas meliputi semangat federalisme antara kerajaan-kerajaan negeri dan pusat.

Kokus itu awalnya dikemukakan untuk hanya membincangkan isu bayaran royalti minyak kepada kerajaan-kerajaan negeri.

Ahli Parlimen Gua Musang telah menyatakan persetujuan mengetuai kokus itu pada pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat semalam.

Ketika mengesahkan perkara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, satu pertemuan bagi memuktamadkan isu fokus perbincangan akan diadakan minggu depan.

“Perkara itu akan diumumkan oleh Tengku Razaleigh (gambar) nanti. Beliau mahu kokus ini menyentuh aspek semangat federalisme yang semakin terhakis sejak kebelakangan ini di mana kerajaan pusat mengetepikan kepentingan kerajaan-kerajaan negeri dalam banyak hal,” kata Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian ketika dihubungi hari ini.

Idea mengenai pembentukan kokus itu dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat November lalu.

Bagaimanapun Tengku Razaleigh mahu skop kokus itu diperluaskan merangkumi aspek semangat federalisme antara kerajaan-kerajaan negeri dan pusat.

“Memang idea awal ialah memfokus isu royalti minyak tetapi Tengku Razaleigh mengesyorkan supaya perkara tersebut diperluaskan dengan menyentuh isu-isu fedelisme,” kata Salahuddin lagi.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya akan menjemput wakil-wakil Barisan Nasional menganggotai kokus tersebut.

“Kami akan menjemput ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional, tetapi sama ada mereka akan menerima jemputan ataupun sebaliknya ia terpulang kepada mereka... jemputan akan dikeluarkan,” katanya.

Antara mereka yang menyertai pertemuan dengan Tengku Razaleigh semalam ialah Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang juga Naib Presiden PAS, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Datuk Abd Halim Abdul Rahman dan Datuk Kamaruddin Jaffar dari Tumpat.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Zaid Ibrahim sepatutnya menghadiri pertemuan semalam tetapi tidak hadir kerana kurang sihat.

Pertemuan minggu depan akan memfokus soal royalti petroleum dan semangat federalisme.

Beliau berpandangan, penyertaan Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas akan memberikan fokus yang lebih kepada isu-isu melibatkan kerajaan pusat dengan kerajaan negeri.

Tengku Razaleigh Hamzah yang juga pengasas dan bekas pengerusi Petronas berhasrat melihat pembentukan sebuah kokus bukan kepartian bagi membincangkan isu royalti minyak yang menjadi pertikaian antara Kelatan dan kerajaan persekutuan sekarang.

Akhir tahun lalu Tengku Razaleigh berkata beliau akan menulis kepada ahli-ahli Parlimen berhubung pandangan tersebut.

Pakatan Rakyat melantik Tengku Razaleigh kerana beliau juga terlibat secara langsung menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Bagaimanapun pucuk kepimpinan Barisan Nasional khususnya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah meminta agar Tengku Razaleigh mempertimbangkan tawaran pembangkang itu dengan mendalam.
--------------------------------------------------------
Kah....Kah.....APA LA KU LI NI...MANA BOLEH UMNO BEKERJASAMA DENGAN PR....!!!

Kah...Kah......WALAUPUN BENDA YANG ELOK..UMNO TAK AKAN KOMPROMI DENGAN PR...!!!

Kah...Kah......PASAL UMNO MEMANG KU LEBIH TAHU...KU PUN CAKAP UMNO ADALAH PARTI PERASUAH...!!!

Kah...Kah......KATA LAH LAGI KU....UMNO MEMANG PARTI PENIPU....!!!

Kah...Kah......KATA LAH LAGI KU..JANGAN BIMBANG..PATIK ADA KAT BELAKANG...UMNO MEMANG MENIPU ORANG MELAYU...!!!

Kah...Kah.....LAGI KUAT KU....UMNO ADALAH EJEN REJIM ISRAEL....!!!!

Kah...Kah.....SEMANGAT LAGI KU....UMNO ADALAH PARTI TAIK JUDI....!!!!

Kah...Kah.....BEREH KU....TERIMA KASIH KU....AMPUN TUANKU....!!!

Kah...Kah.....AIMAN TAK KISAH....NAK KATA APA LAGI...KU LI PUN CAKAP UMNO MEMANG PARTI LANCAU..MAAA...!!!

No comments:

Post a Comment