Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 30, 2010

Sama Parti Tapi Tak Sama Bulu....!!!


Khir tiada 'Selamatkan S'gor' sebab jaga kawasan-MKini

Ketua pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo masih belum diturunkan dalam barisan penceramah dalam siri 'Selamatkan Selangor' yang bakal memasuki pusingan kedua pada hujung minggu ini.

Ketiadaan Mohd Khir di pentas tersebut, menguatkan lagi desas-desus berhubung persaingannya dengan timbalan ketua perhubungan negeri Datuk Noh Omar, dalam merebut kedudukan menteri besar.

Jawatan tersebut dilihat menjadi taruhan utama antara kedua-duanya untuk menonjolkan kemampuan masing-masing dalam merebut semula Selangor daripada penguasaan Pakatan Rakyat.

Dalam kemeriahan ini pula, muncul Ezam Mohd Nor, bekas pengikut utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diberikan tugas utama untuk mengepalai kempen 'Selamatkan Selangor.'

Mohd Khir dilaporkan akan diturunkan bersama Ezam dalam peringkat kedua kempen, namun berdasarkan jadual program yang diperolehi, tiada tanda-tanda menunjukkan Mohd Khir akan muncul dalam ceramah pada hujung minggu ini.

Hanya Ezam dan Noh Omar yang akan muncul di sebahagian besar ceramah yang akan berlangsung dalam pusingan kali ini.

Mengulas perkembangan ini, ketua penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus berkata Mohd Khir yang juga ADUN Sungai Panjang tidak dapat hadir kerana menumpukan kepada aktiviti di kawasan beliau.

Beliau juga menafikan pandangan yang mengatakan Mohd Khir merajuk, lalu menolak undangan untuk hadir ke pentas berkenaan.

"Tidak timbul soal merajuk. Buat masa ini dia belum ada kelapangan lagi, kita pun faham keadaan dia tu," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Mohd Khir ketika dihubungi mengesahkan bahawa beliau telah menerima jemputan untuk hadir ke majlis berkenaan.

"Tapi saya kena jaga kawasan," katanya ringkas apabila ditanya sebab ketiadaan bekas menteri besar Selangor itu dalam kempen tersebut.

"Mereka memang (timbulkan isu perselisihan antara beliau dengan Noh). Saya tidak ada masalah dengan Noh," katanya yang menyalahkan PKR kerana mempolitikkan isu berkenaan.
------------------------------------------------------------
Kah...Kah.....BELUM BERPERANG DAH NAK BERGADUH....!!!

Kah..Kah.....PENYAKIT UMNO KELANTAN KINI BERJANGKIT PADA UMNO SELANGOR...!!!

Kah..Kah.....KALAU ZAMAN ZZZZ....DAH TENTU ADA YANG DI GANTUNG SEUMUR HIDUP...

Kah..Kah....MAKA JADILAH MACAM BERAHING ALI...!!!

Kah..Kah....LEPAS TU BUAT MUKA SARDIN...TERHEGEH-HEGEH MINTA NAK TUMPANG PAS...!!

Kah..Kah....ANAK TOYO KECIK HATI SEBAB UMNO LEBIH PERCAYAKAN SENATAK...

Kah...kah....CAKAP TAK MERAJUK...TAPI MEMANG BETUL MERAJUK LAH TU...!!!

Kah...Kah...NOH OMAR PUN TUMPANG SEMANGKUK WALAU TAK SUKA EZAM DEMI DENDAM PADA ANAK TOYO...!!!

Kah..Kah....AIMAN TAK KISAH....LANTAK KAU LAH UMNO....BEREBUTLAH KAU SAMPAI KE MAMPUS...ALANG-ALANG DAH KALAH..BIARLAH KALAH UNTUK SELAMA-LAMANYA...

No comments:

Post a Comment