Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jul 30, 2010

Tahyul & Syirik Memang Amalan UMNO...!!!!


TAHYUL : MELAYU MUNDUR JIKA UMNO KALAH – Harakahdaily

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan pendapat yang mengatakan jika Umno kalah, maka Melayu juga kalah atau mundur adalah tahyul dan merupakan satu tafsiran mengarut.

Katanya, kepimpinan Umno lazimnya membuat kenyataan tahyul itu bahawa sekiranya Umno kalah dalam pilihan raya nanti, masyarakat Melayu akan hidup dalam suasana kelam kabut atau tertekan sebagaimana zaman Jepun.

Padahal, jelasnya jika Umno kalah, maka PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu parti yang seagama dengan kepimpinan Umno pula akan memegang tampuk pemerintahan serta meneruskan kelangsungan perjuangan tetapi berlainan pendekatan untuk membela rakyat.

"Bila Umno kalah, PAS dan PKR pula yang akan teruskan perjuangan tapi kali ini bukan macam Umno yang berkepentingan dan kroni, kita akan urus tadbir negara dengan baik," tambahnya semasa berucap dalam program ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS di Dataran Kompleks An-Nadhoh, Penanti malam tadi.

Nota :

Orang melayu memang terkenal dengan amalan khurafat....
Percayakan bomoh melebihi segala-galanya...
Begitu juga kepercayaan orang melayu pada UMNO...
Kalau UMNO tewas dalam pilihanraya...
Maka susahlah orang melayu nak cari makan...
Ini juga satu khurafat yang paling dahsyat yang ada pada orang melayu...
Sebab itu ahli UMNO susah nak terima PAS...
PAS bagi mereka parti yang mundur dan tak berupaya memerintah...
Ini adalah kerana hantu UMNO yang ada pada mereka sentiasa membisikkan supaya jangan sokong PAS...
Melayu ramai yang jadi syirik sebab telah mempertuhankan UMNO...
"Usah datang kempen Pak Cik...Pak Cik telah berkiblatkan UMNO..."
"Pak Cik tak akan tukar lagi..hanya pada yang satu iaitu UMNO...."
Ini adalah kata-kata pengundi saluran satu bila kita datang berziarah kerumah mereka...
Kesian ye..pergi haji tiap-tiap tahu..sembahyang tak tinggal...puasa 365 hari setahun...tapi apakan daya...neraka jugak tempatnya...

No comments:

Post a Comment