Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 13, 2010

Atap Biru Ganti Gelombang Biru....!!!


Pengagihan ‘atap biru’ menjadi propaganda kerajaan Umno/BN Terengganu khususnya diperbesar-besarkan oleh Menteri Besr, Dato’ Seri Ahmad Said sehingga dijadikan iklan dalam papan tanda besar berslogankan ‘Merakyatkan Pentadbiran’ negeri Terengganu.

Isu ‘atap biru’ pernah dibangkitkan oleh wakil rakyat kerajaan pada sidang sebelum ini yang mengaitkan pemerolehan atap biru tersebut dengan skandal dan penyelewengan.

Misteri ‘atap biru’ yang bergerak entah dari mana, tiba-tiba ada dibawah rumah, menjadi kemusykilan di kalangan penduduk terutama di Kampung Ladang Sahab, depan Hospital Sultanah Nurzahirah, disini.

(Gambar Atas - 'Rumah batu', besar lagi indah di Pasir Gajah juga mendapat bantuan atap biru, yang didakwa kerajaan Umno/BN Trengganu bantuan atap itu untuk orang miskin sahaja???)

ADUN Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar mendedahkan perkara tersebut dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu baru-baru ini.

“Saya hendak menyentuh tentang pemberian ‘atap biru’. Saya diberitahu oleh penduduk sebahagian besarnya di Ladang Sahab depan hospital.

”dia (mereka) kata kepada saya, (kalau Dato’) Ku nak atap ambiklah, saya tanya atap apa? Dia kata atap biru. Saya tanya, kenapa?,

”Tak tahu, sebab atap tu, saya bangun tidur, ada atap dibawah rumah,”kata Dato’ menceritakan perbualannya dengan penduduk tentang misteri atap tersebut ketika membahaskan usul peruntukan tambahan 9 Ogos.

Menurut Dato’ Tengku Hassan, penduduk kampung terbabit mendakwa mereka tidak pernah memohon bantuan atap biru itu, tapi tiba-tiba atap tersebut ada dirumahnya.

Bahkan yang lebih menghairankan, bukan hanya terdapat di sebuah, dua rumah, tetapi ramai penduduk yang mendakwa banyak atap yang entah dari mana muncul dirumah mereka.

Ia lebih menghairankan, kata beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu, kawasan Ladang Sahab adalah kawasan yang akan terlibat dengan pengambilan semula tanah untuk pembangunan.

”Saya boleh sebut dimana-mana rumah yang berlaku (ada atap biru), dan kerajaan juga sudah tahu (maklum) bahawa kampong disitu akan terlibat dengan pengambilan balik tanah untuk pembangunan akan datang,”terang Dato’ Tengku Hassan yang meminta penjelasan perkara pelik tersebut dari pihak kerajaan negeri.

Nota :

Dulu Gelombang Biru...
Sekarang Atap Biru
UMNO sekarang bertambah haru...
Bila tahu PR akan tawan semula Terengganu...


Kah...Kah...Kah...!!!

No comments:

Post a Comment