Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 18, 2010

Hidup Susah...Mati Lagi Susah....!!!


Mahkamah Koroner di sini pagi ini mendengar keterangan pakar pathologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand bahawa beliau yakin kematian Teoh Beng Hock bukan disebabkan bunuh diri.

"Saya tetap percaya 80 peratus kematian Teoh disebabkan dibunuh," katanya ketika memberi keterangan di depan hakim Azmil Muntapha Abas.

Walaupun saya tidak mahu menyebut tentang peratus tetapi selepas memeriksa mayat itu sendiri, saya yakin Teoh mati bukan kerana bunuh diri," tegas beliau, ketika disoal oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar.

Pada Oktober tahun lalu, Dr Pornthip berkata berdasarkan pemerhatiannya pada bedah siasat pertama, beliau dapati ada 80 peratus kemungkinan Teoh mati dibunuh.

Dr Pornthip yang dibiayai oleh kerajaan negeri Selangor sepatutnya datang memberi keterangan pada bulan April tetapi enggan berbuat demikian selepas majikannya, Kementerian Keadilan Thailand menasihati beliau.

Teoh, 30, setiausaha politik ahli exco Ean Yong Hian Wah, dijumpai mati di tingkat lima, Plaza Masalam, di sini pada 16 Julai tahun lepas berikutan disoal siasat semalaman oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di tingkat 14, bangunan yang sama.

Nota :

Kes Kematian Teo Beng Hock semakin hari jadi makin bercelaru...
Bagi pihak pendakwa...mengatakan Bukti Nota yang di temui..Beng Hock Bunuh Diri...
Bagi pihak Peguambela...melaui pakar forensik...Beng Hock Di bunuh...

Ini semua membuktikan bahawa Undang-Undang rekaan manusia tidak menjamin keadilan yang sebenarnya...
Hanya undang Allah sahaja akan membawa menausai menuju kepada keadilan dan kesaksamaan yanh hakiki...
Tepuk dada tanya iman....!!!

No comments:

Post a Comment