Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 15, 2010

Kera Di Hutan Di Susukan...Anak Di Rumah Mampus Kelaparan...!!!

Pelaksanaan Gaji Minimum RM600 Amah Indonesia Belum Diputuskan: Subramaniam

Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berhubung penetapan gaji minimum pembantu rumah warga Indonesia sebanyak RM600 oleh kedutaan negara itu.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam berkata penetapan gaji minimum itu tidak dilakukan dengan persetujuan kementeriannya atau Kementerian Dalam Negeri.

"Saya tidak tahu adakah pihak kedutaan Indonesia menetapkan perkara itu mengikut pentadbiran sendiri, tetapi pada apa yang dipersetujui oleh kita sehingga kini, semua isu gaji pekerja asing diputuskan mengikut kuasa pasaran, iaitu berdasarkan permintaan dan pembekalan.

"Oleh itu, apa yang dilakukan oleh pihak kedutaan adalah di luar pandangan kita dan kita akan siasat apa yang sebenarnya berlaku," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Mesra Rakyat 1Malaysia 2010 anjuran Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India di Dewan Harmoni Simpang Tiga, Ijok di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai aduan beberapa majikan bahawa mereka terpaksa bersetuju membayar gaji minimum sebanyak RM600 sebagai syarat memperbaharui pasport pembantu rumah mereka.

Mereka mendakwa perkara itu diumumkan oleh pihak kedutaan Indonesia melalui sistem pembesar suara semasa pembantu rumah memperbaharui pasport.

Dakwa mereka lagi, pihak kedutaan juga memaklumkan bahawa perjanjian berhubung penetapan gaji minimum pembantu rumah itu telah ditandatangani oleh Malaysia dan berkuat kuasa Julai lepas.

Subramaniam berkata kedua-dua pihak sedang mengadakan rundingan secara berterusan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berhubung isu tersebut.

Sebelum ini, beliau mengumumkan bahawa Malaysia menolak cadangan Indonesia bagi menetapkan gaji minimum pembantu rumah negara itu sebanyak RM800 sebulan kerana negara ini tidak mempunyai struktur gaji minimum. - BERNAMA
------------------------------------------------------------
Woitttt...KALAU NAK TUNJUK BAIK PUN BIARLAH BERTEMPAT.....!!!

Woittt...KUMAN SEBERANG SANA NAMPAK PULAK..GAJAH DEPAN MATAPUN BUAT TAK NAMPAK...!!!

Kah..Kah..PERGILAH TANYA MAKCIK KAT FELDA...SEBULAN BERAPA DAPAT...!!!

Kah..Kah...PERGILAH SIASAT KAT KAMPUNG NELAYAN..BERAPA KALI SEHARI DEPA MAKAN...!!

Kah...Kah...JANGAN ASYIK BERMESYUARAT..SIBUK DOK BINCANG PASAL GAJI MINAH INDON JE..!!!

Kah...Kah...RAKYAT 1 MALAYSIA MACAM MANA...???

Kah...Kah...KAU JADI MENTERI PUN BUKAN MINAH INDON YANG UNDI...!!!

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...YANG DOK TAMPAL POSTER MIC/BN PUN RAMAI YANG GAJI MASIH BAWAH PAEAS LIMA RATUS..YANG INI PATUT KAU KENA TOLONG DULU...!!!!

No comments:

Post a Comment