Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Aug 16, 2010

Puok Natang Bewok Di Teganung Begocoh Lagi...!!!

Rakyat Bosan Lihat Pemimpin Berkelahi Sama Sendiri: HishammuddinMStar

Pemimpin UMNO diminta berhenti daripada berkelahi sesama sendiri kerana rakyat sudah bosan dengan kerenah sedemikian, kata Naib Presidennya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurutnya politik sesama sendiri perlu dihentikan dan tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha membangunkan negara.

"Kita ada banyak lagi kerja untuk membina negara dalam dunia yang semakin sempit dan mencabar kini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan Perhubungan UMNO Terengganu di sini, Ahad.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan semua Ketua UMNO bahagian di negeri itu.

Hishammuddin, yang juga pengerusi badan perhubungan negeri itu, berkata demikian ketika diminta mengulas masalah yang berlaku di beberapa bahagian UMNO termasuk di Setiu, Terengganu.

Bahagian itu dilihat bermasalah setelah empat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Parlimen itu gagal hadir pada persidangan perwakilan bahagian yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 16 Julai lalu.

Hishammuddin berkata pemimpin yang melakukan sesuatu yang tidak berkisar kepada realiti politik hari ini akan dinilai peranan mereka oleh pucuk pimpinan terutama pada pilihan raya umum akan datang.

"Apabila kita nak menentukan barisan yang akan bersama-sama dengan kita pada pilihan raya umum ke-13 nanti, saya percaya semua ini akan diambil kira oleh pucuk pimpinan untuk menengahkan calon yang boleh diterima rakyat," katanya.

Katanya apa yang berlaku di Setiu menunjukkan Terengganu tidak terkecuali daripada menghadapi masalah yang perlu ditangani dengan baik.

"Kita tidak ambil tindakan terhadap mereka. Dalam hal ini jangan kata pihak pembangkang pun tidak ada masalah dalaman, tetapi kerana mungkin belum berkuasa, mereka dapat menyembunyikannya daripada orang ramai," katanya. - BERNAMA

Nota:

Sebenarnya rakyat tak bosan malah makin seronok...
Sebenarnya seluruh malaysia gumbira bila tengok UMNO bergocoh...
Sebenarnya seluruh malaysia mahu UMNO supaya terus gocoh....

Bergocohlah sepanjang tahun jangan berhenti...
Bergocohlah puok mung hingga pilihanraya....
Bergocohlah biar sapa lembik....

Bergocohlah kamu wahai UMNO Teganung
sebelum kamu di gocohkan oleh puak PR dalam PRU 13 nanti
Kah....Kah....Kah.....!!!!

No comments:

Post a Comment