Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 8, 2010

Kelab Bangang 1 Malaysia....!!!


KEMPEN PERLEMBAGAANKU : ADUAN POLIS KGBM TAK BERASAS, KATA MAJLIS PEGUAM – MInsider

Majlis Peguam menegaskan tindakan Kelab Belia Graduan satu Malaysia (KBGM) membuat laporan polis semalam mengenai Kempen Perlembagaanku mendakwa kononnya ia satu usaha untuk meminda Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berasas sama sekali, dibuat ekoran kurangnya pemahaman berkenaan kempen itu.

“Nampaknya kebimbangan utama KBGM adalah bahawa Buku Panduan Rakyat telah memaklumkan rakyat Malaysia yang Perlembagaan menyatakan bahawa ia boleh dipinda oleh ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat Malaysia.

“Ini sememangnya ada dinyatakan dalam Perlembagaan.

“Dalam pengetahuan kami, Parlimen telah meminda Perlembagaan lebih 40 kali dalam masa 53 tahun yang lalu dengan lebih kurang 650 pindaan individu,” kata beliau.

Adalah dilaporkan bahawa KBGM telah menyuarakan kebimbangannya bahawa buku-buku panduan yang dikeluarkan oleh kempen itu mungkin bersifat menghasut.

“Kami percaya bahawa kebimbangan KBGM tentang Kempen itu adalah tersasar, dan timbul akibat kurangnya pemahaman dan ilmu berkenaan Kempen itu dan juga Perlembagaan Persekutuan (Perlembagaan),” katanya.
------------------------------------------------------------
Woittttt......KALAU BANGANG...TAK PAYAH CAKAP DUDUK DIAM DIAM BULAN PUASA NI....

Woitttt..... KAU NAK BODEK PUN... BUATLAH BODEK YANG CERDIK SIKIT...

Woitttt.....PERLEMBAGAAN BUKAN AL-QURAN...IA DI CIPTA OLEH MANUSIA DAN BOLEH DI PINDA...

Woittt......SEMUA PERLEMBAGAAN NEGARA DALAM DUNIA INI BOLEH DI PINDA.....

Kah...Kah...MALAH ADA NEGARA YANG MEMBUAT PERLEMBAGAAN BARU PUN.....

Kah...Kah...ITU PASAL KITA HANTAR YB KE PARLIMEN DAN DUN.....

Kah...Kah....KERJA YB IALAH MENGKAJI..MENGGUBAL DAN MELULUS ATAU MEMINDA PERLEMBAGAAN.....

Kah...Kah...ERTI KATA LAIN...YB LAH YANG MEMBUAT UNDANG –UNDANG......

Woittt.....BODOH LAMA MASIH ADA...BODOH BARU PULAK YANG DATANG...KENAPA LAH BANGANG SANGAT NI....?

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....SI BANGANG NI DAH LUPA KE...??? MADEY TELAH MEMINDA PERLEMBAGAAN YANG MEMANSUHKAN KEKEBALAN RAJA RAJA MELAYU DULU....

No comments:

Post a Comment