Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير

Sep 3, 2010

Malaysia Bolehhhh...!!!


Komuniti 'gay' mula melampaui batasannya -MKini

Kongsi 0Apabila paderi homoseksual tunggal Malaysia mengumumkan bahawa beliau akan menubuhkan gereja 'gay' atau 'sesama jenis lelaki' yang pertama di negara ini, beliau dihujani pelbagai kritikan dan bidasan.

Namun paderi Ouyang Wen Feng tidak mengalah dalam menghadapi tindakan kerajaan dan pemimpin agama untuk mengagalkan rancangannya itu. Homoseksual adalah satu jenayah di Malaysia dan boleh dihukum sehingga 20 tahun di penjara.

Menurut lapporan AFP, gereja yang ditubuhkannya itu beroperasi secara senyap di pinggir Kuala Lumpur sejak tiga tahun lalu dan menarik sekumpulan penganut Kristian 'gay' pada setiap Ahad dan menghadiri kelas mempelajari kita 'Injil'.

Tindakan Ouyang ini adalah hanya satu daripada tindakan beberapa pergerakkan yang berjuang untuk hak komuniti 'gay' di negara ini yang mahu hak mereka dihormati.

"Kita cuba menggalakan lebih ramai orang menyertai gereja kami,- bagi masyarakat Kristian untuk ke depan dan hidup secara semula jadi,” katanya yang sebelum ini pernah berkahwin selama sembilan tahun sebelum mengumumkan bahawa beliau juga seorang homoseksual pada tahun 2006.

"Sama ada seseorang itu 'gay' atau 'straight' atau 'dwi-seksual' - ini adalah orientasi seksual, ini bukan sesuatu yang kita lakukan yang men jadikan kita seseorang 'gay'.”

Ouyang berkata gerejanya juga menerima mereka yang 'dwi-seksual' dan kumpulan 'mak nyah' serta 'hetero-seksual' dan mahu golongan itu memahami bahawa mereka “tidak keseorangan dalam perjuangan mereka.”

Nota :

Bukan salah ibu yang mengandung....
Tapi salah UMNO/BN yang gagal mendidik rakyatnya...
Koho lok...napok koho punoh....!!!

No comments:

Post a Comment