Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 24, 2010

SPR...Suruhajaya Pindah Rakyat...!!!


BERSIH 2.0 : BETULKAN LOKALITI MENGUNDI ,PINDAH PENGUNDI TIDAK SAH – MI

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan menyifatkan langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pembetulan lokaliti mengundi dan disusuli dengan pemindahan pengundi terbabit sebagai proses yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

SPR melaksanakan proses ini secara meluas ekoran penggunaan sistem maklumat geografi elektronik (EGIS) sejak 2004 di seluruh negara iaitu dua tahun selepas urusan persempadanan bahagian pilihan raya terakhir dilaksanakan.

Proses itu membawa kepada pertambahan kerusi Parlimen kepada 222.

Menurut SPR, ia menjalankan proses ini selaras dengan peruntukan Subseksyen 7(2) dan 7(4) Akta Pilihan Raya 1958 dan Subseksyen 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Ambiga berpendapat bahawa walaupun SPR mengesan kewujudan kesilapan dalam sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen, ia tidak harus mengganggu sempadan sedia ada.

Nota:

Secara senyap senyap barua UMNO/BN badan yang dipangil SPR ini telah mengubah dan
mengalih tempat mengundi para pengundi.

Penipuan ini mula disedari dipilihanraya kecil
hulu selangor dan inilah lah kerja baruan SPR selama ini.

Kenapa SPR boleh berbuat bagini ?

Setiap 10 tahun mengikut perlembagaan boleh dibuat persempadanan semula.
Ini memandangankan pertambahan pendudukjuga boleh ditambah jumlah kerusi ADUN dan
parlimen.

Tetapi persempadan semula ini wajib diluluskan oleh parlimen.

Selama 50 tahun inilah kerja gerombolan mengubah dan mengalih persempadanan untuk
memastikan mereka terus berkuasa.

Kali terakhir persempadaan semula dibuat pada tahun 2000.
Persempadaan semula tahun 2000 dilakukan kerana pada tahun 1999 pengundi melayu telah lari untuk mengundi Barisan Alternatif.
Terenganu jatuh ke tangan PAS dan parti Keadilan Nasional mula bertapak.

Hasil dan mangsa yang paling jelas dipersempadan semula tahun 2000 ialah kerusi Mahfuz dan Mat Sabu
Dimana sempadan telah dialih alih hingga mereka kalah pada tahun 2004.

Jadi apabila dibuat persempadan semula tahun 2000
Barua SPR telah memastikan seboleh bolehnya tidak ada kawasan di pantai barat yang majoriti melayunya tidak melebihi 80%
Kawasan seperti ini akan lari kepada PAS.

Justeru persempadan semula tahun 2000 telah melakukan banyak perubahan dimana
banyak kawasan melayu dikurangkan pengundi melayu supaya tinggal menjadi 60% sahaja.
Pengundi bukan melayu dibawa masuk untuk memastikan PAS terus tersepit.

No comments:

Post a Comment