Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 21, 2010

UMNO/BN Ibarat Si Pekak Bersembang Dengan Si Buta....???



"Assalamualaikum Sekolah HAMIL dilapurkan sudah dibuka dan mula menerima pelajar yang hamil. Sedih dengan berita ini kerana ianya melibatkan orang Islam yang sepatutnya bebas hamil, bebas zina dan bebas maksiat.

Lebih malang lagi apabila ada segelintir umat Islam yang sanggup menjadi pembela maksiat dengan alasan mengatasi gejala sosial di kalangan remaja, sedangkan kita tahu mereka jugalah yang menjadi penggalak kepada gejala ini.

Tak ubah seperti dajjal yang kononnya datang untuk menjadi penyelamat tetapi sedarkah kita kalau gelaja hamil di luar nikah ini berterusan, akan terlimpahlah di bumi Malaysia dalam masa 10 atau 20 tahun akan datang anak anak zina dan kemungkinan merekalah yang akan menjadi pemimpin negara seperti sudah berlaku di negara barat.Mahukah kita menjadikan Malaysia negara sebegitu?

Kalau jawabnya tidak, maka sudah sampai masanya UMNO dan BN ditolak keluar dari terus memerintah.Sudah sampai masanya Islam perlu dimartabatkan semula.Sudah sampai masanya umat perlu bangkit bersolat hajat memanjatkan doa agar segala kemungkaran dan kebathilan serta penganjurnya dihapuskan di bumi bertuah ini.Ayuhlah umat, bersatulah di bawah kalimah syahadah untuk menolak semua perkara mungkar dan maksiat yang dilarang ALLAH.Jangan ada sedetik rasa simpati kepada penganjur maksiat dan mungkar sekalipun mereka mendakwa seagama dengan kita kerana tempoh lebih 50 tahun sudah cukup lama untuk memberi peringatan kepada mereka.Kini masa memohon balasan ALLAH kepada semua penganjur maksiat dan kemungkaran.

Katakan tidak kepada ZINA, katakan tidak kepada mungkar, katakan tidak kepada maksiat. Kepada penganjur dan penyokong yang bersubahat dengan mereka, jangan salahkan sesiapa seandainya musibah dan bala ALLAH tiba mengenai anda sekelian.Anda boleh terus bongkah sombong dalam hidup ini tetapi anda tidak boleh lari dari kematian.ITU PASTI dan kami akan terus mendoakan kesejahteraan kepada zuriat keturunan kami serta akan mendoakan agar kemungkaran dan kemaksiatan serta penganjur serta penyokongnya dihapuskan ALLAH.

Nota :

Ada satu cerita bila si pekak berjumpa dengan si buta...
Tiba-tiba melintaslah lah seorang perempuan menungang motor di depan Si Peka dan Si Buta ini...

Si Pekak : Kau nampak tak perempuan seksi tadi...???

Si Buta : Diam membisu...seketika...

Si Bisu : Bunyi apa tadi tu...??

Si Pekak : Diam Seribu bahasa....

Kesimpulannya :

UMNP/BN dok sibuk dan gah dengan projek sekolah hamil...
sedangkan masalah pokok yang perlu di selesaikan ialah gejala zina yang sedang berleluasa sekarang ini...
Sekolah hamil di tubuhkan hanyalah untuk mengelakkan remaja dari membuang bayi merata-rata bukan untuk membenteras pebuatan zina secara keseluruhannya...
Ini bukan jalan penyelesaiaannya...
Samalah jugak dengan cerita si buta & si pekak tadi...
Sampai mampus pun tak akan selesai...
Kau tanya aku...aku tanya engkau...
Tak ke bangang namanya...!!!

No comments:

Post a Comment